BERITA TERKINI   PM Anwar tiba di Ashgabat pada 8 malam (11 malam waktu Malaysia) untuk lawatan rasmi dua hari ke Turkmenistan | Kerajaan Persekutuan luluskan penubuhan Majlis Tahfiz Negara - TPM Ahmad Zahid | PRN Johor: Chu Poh Yee calon DAP bagi kerusi DUN Mengkibol menggantikan penyandang Chew Chong Sin - Loke | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi sedikit hari ini walaupun pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat mencatatkan prestasi lebih lemah disokong oleh permintaan aset selamat.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2026 meningkat kepada US$4,710.70 setiap auns troy daripada US$4,709.60 setiap auns troy pada Rabu manakala bagi Jun 2026, ia melonjak kepada US$4,727.70 setiap auns troy daripada US$4,725.50 setiap auns troy semalam.

Kontrak Julai 2026, Ogos 2026 dan Oktober 2026 semuanya ditutup lebih tinggi pada US$4,741.70 setiap auns troy daripada US$4,740.50 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan menyusut kepada 13 lot daripada 20 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka merosot kepada 81 kontrak daripada 84 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,675.70 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 13 Mei, 2026.

-- BERNAMA