BERITA TERKINI   PM Anwar ucap tahniah kepada Pusat Jantung Hospital Serdang atas pencapaian membanggakan dalam beri rawatan berkualiti tinggi kepada rakyat | Tumpuan pembangunan negara tidak hanya kepada digital, teknologi malah berpaksi nilai berteraskan agama - PM Anwar | Kerajaan terus beri sokongan jayakan sambutan Hari Wesak bagi hormati masyarakat Buddha di negara ini - PM Anwar | PM Anwar seru majoriti yang cintakan Malaysia tidak biarkan negara ditawan naratif kebencian | PM Anwar mahu agensi berkaitan turun padang bantu PKS, perjelas pembiayaan disediakan kerajaan | 

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan berikutan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) terus meningkat dengan ketara dalam persekitaran ketegangan yang berterusan di Asia Barat.

Seorang peniaga berkata emas kekal tertekan tetapi berdaya tahan, terperangkap dalam keadaan berbelah bahagi antara peningkatan hasil Perbendaharaan dan ketidakpastian Asia Barat yang berterusan.

Hasil Perbendaharaan AS meningkat pada Selasa lalu apabila pelabur terus menjual bon kerana bimbang inflasi kembali melonjak, menyaksikan hasil Perbendaharaan 30 tahun mencapai tahap tertinggi dalam tempoh hampir 19 tahun.

Kenanga Investment Bank Bhd menjangkakan ketegangan AS-Iran memuncak dan kebimbangan inflasi yang berterusan memberi tekanan kepada pasaran bon global.

Walaupun emas dan bon Perbendaharaan AS berkongsi status sebagai aset perlindungan selamat yang utama, kedua-duanya bergerak secara bertentangan, apabila hasil bon AS melonjak, pulangan dilepaskan untuk memegang emas akan meningkat (kerana pelabur terlepas peluang mendapat faedah daripada bon), keadaan ini akhirnya meletakkan harga emas dalam trend menurun.

Bagi asas minggu ke minggu, kontrak Mei 2026 berkurangan kepada US$4,531.60 setiap auns troy daripada US$569.90 setiap auns troy pada Jumaat lepas, Jun 2026 merosot kepada U$4,548.60 setiap auns troy daripada US$4,586.90 setiap auns troy.

Kontrak Julai, Ogos dan Oktober kesemuanya turun kepada US$4,562.80 setiap auns troy daripada US$4,600.90 auns troy pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 120 lot daripada 75 lot minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 89 kontrak daripada 94 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$4,505.25 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association pada 21 Mei, 2026.

-- BERNAMA