Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Seiring Dengan Pasaran COMEX, LBMA
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki kenaikan dalam COMEX Amerika Syarikat (AS) dan penanda aras emas London Bullion Market Association (LBMA) di tengah-tengah kelemahan dolar US serta sentimen pelabur yang bertambah baik dengan harapan ketegangan geopolitik antara AS dan Iran akan mengendur.
Pada penutupan, kontrak bulan semerta Mei 2026 meningkat kepada US$4,572.80 setiap auns troy daripada US$4,531.60 setiap auns troy yang dicatatkan pada Jumaat lepas, manakala kontrak Jun 2026 menokok kepada U$4,589.80 setiap auns troy daripada U$4,548.60 setiap auns troy.
Kontrak Julai 2026, Ogos 2026 dan Oktober 2026 semuanya diselesaikan lebih tinggi pada US$4,604.00 setiap auns troy daripada US$4,562.80 setiap auns troy.
Bagaimanapun jumlah dagangan menyusut kepada tujuh lot berbanding 23 lot yang dicatatkan pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 69 kontrak daripada 89 kontrak sebelumnya.
Pada penetapan tengah hari 22 Mei 2026 LBMA, emas fizikal ditetapkan pada US$4,506.15 setiap auns troy.
-- BERNAMA