BERITA TERKINI   Bersatu Kekal Dalam PN, Guna Logo PN Pada PRN Johor, Negeri Sembilan - Muhyiddin | 

Kontrak Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Jejak Harga Di Comex

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, menjejaki penurunan harga emas di Bursa Komoditi New York (COMEX).

Niaga hadapan emas COMEX dilaporkan turun berikutan peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), kebimbangan mengenai inflasi yang berterusan serta jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS mengekalkan kadar faedah tinggi untuk tempoh lebih lama.

Penganalisis berkata sentimen pasaran turut dipengaruhi oleh ketidaktentuan baharu berkaitan dengan situasi AS-Iran yang menyebabkan harga minyak meningkat.

Beliau berkata jangkaan terhadap kadar faedah yang lebih tinggi lazimnya mengurangkan daya tarikan terhadap aset yang tidak menjana hasil yang tetap seperti emas.

Pada penutupan dagangan, Mei 2026 susut kepada US$4,405.00 seauns troy daripada US$4,537.50 pada Selasa manakala Jun 2026 turun kepada US$4,422.00 seauns troy daripada US$4,554.50.

Julai 2026, Ogos 2026 dan Oktober 2026 masing-masing ditutup rendah pada US$4,435.70 seauns troy daripada US$4,468.20 sebelum ini.

Jumlah dagangan berkurangan  kepada 12 lot daripada 13 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka turun kepada 72 kontrak daripada 74 kontrak.

Pasaran ditutup pada Rabu, 27 Mei, bersempena dengan cuti umum Aidiladha.

Sementara itu, harga emas fizikal pada US$4,426.00 seauns troy ketika penetapan pada petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 27 Mei, 2026.

-- BERNAMA