BERITA TERKINI   Tiada unsur buli babitkan kes pelajar tingkatan empat yang meninggal dunia di sebuah sekolah di Seremban - KP Pendidikan | Kerjasama itu membuka ruang penglibatan lebih strategik pada masa depan termasuk penerokaan potensi besar sektor gas asli Turkmenistan, antara pemilik rizab gas terbesar dunia - PMO | PM Anwar, Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedov hari ini saksikan pemeteraian kerjasama strategik antara Petronas dan pihak berkuasa Turkmenistan - PMO | Pencapaian ini hadir sempena 30 tahun kerjasama Malaysia, Turkmenistan dalam sektor tenaga, yang menjadi antara tonggak penting hubungan dua hala kedua-dua negara - PMO | Kerjasama strategik antara Petronas, pihak berkuasa Turkmenistan buka lembaran baharu dalam hubungan ekonomi dan tenaga antara Malaysia dan Turkmenistan - PMO | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini seiring prestasi pasaran tunai pendasar.

Pada 10.15 pagi, kontrak Jun 2026 meningkat 19.5 mata kepada 1,699.5, Julai 2026 naik 21.5 mata kepada 1,701.5, September 2026 menokok 18.0 mata kepada 1,680.0 dan Disember 2026 menambah 11.5 mata kepada 1,676.0.

Jumlah dagangan sebanyak 5,496 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 37,793 kontrak.

Pada 10.22 pagi, indeks FBM KLCI naik 7.37 mata kepada 1,690.44 berbanding 1,683.07 ketika ditutup pada Jumaat.

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada Isnin (1 Jun) dan Selasa (2 Jun), masing-masing sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong dan cuti gantian Hari Wesak.

-- BERNAMA