BERITA TERKINI   Penganjuran Hari TVET Negara 2026 dilaksana pada skala besar, kos rendah - TPM Ahmad Zahid | Sebanyak 270 institusi TVET di bawah MARA berada di barisan hadapan dengan kebolehpasaran 99.5 peratus - TPM Ahmad Zahid | Kadar kebolehpasaran graduan TVET meningkat kepada 98.7 peratus berbanding 96.1 peratus - TPM Ahmad Zahid | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi, Seiring Kenaikan Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, mencerminkan prestasi pasaran tunai pendasar.

Kontrak Jun 2026 dan September 2026 masing-masing meningkat 5.5 mata kepada 1,688.5 dan 1,671.0 manakala Julai 2026 dan Disember 2026 masing-masing melonjak 6.5 mata kepada 1,691.0 dan 1,673.0.

Jumlah dagangan menyusut kepada 8,472 lot daripada 11,867 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 35,257 kontrak daripada 40,544 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 10.17 mata kepada 1,693.43 daripada 1,683.26 semasa ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA