Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah di Bursa Malaysia Derivatives pada Selasa, sejajar dengan prestasi kadar asas pasaran tunai yang lemah.
Pada 9.40 pagi, kontrak Jun 2026 susut empat mata kepada 1,669.5, Julai 2026 turun 3.5 mata kepada 1,672.0 dan September 2026 berkurangan 3.5 mata kepada 1,652.5, manakala kontrak Disember 2026 berada pada 1,658.0.
Jumlah dagangan sebanyak 2,373 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 29,557 kontrak.
Pada 10 pagi, FBM KLCI turun 2.89 mata kepada 1,676.63 berbanding paras 1,679.52 ketika ditutup pada Isnin.
-- BERNAMA