Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah Sejajar Dengan Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, mencerminkan prestasi pendasar di pasaran tunai.

Kontrak Jun 2026, Julai 2026 dan Disember 2026 susut 4.5 mata setiap satu kepada 1,669.0, 1.671.0, serta 1.653.5, manakala September 2926 jatuh empat mata kepada 1,652.0.

Jumlah dagangan merosot kepada 8,188 lot berbanding 8,300 lot yang dicatatkan pada Isnin, manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 34,478 kontrak daripada 34,045 kontrak.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 4.02 mata lebih rendah pada 1,675.50, daripada 1,679.52 semalam.

-- BERNAMA