Niaga Hadapan Emas Catat Penurunan Susulan Kebimbangan Terhadap Kenaikan Kadar Faedah

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives terus mencatatkan penurunan pada Khamis, menjejaki prestasi COMEX AS yang lemah apabila sentimen pasaran terjejas oleh kebimbangan terhadap kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) susulan inflasi yang lebih tinggi.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2026 susut kepada US$4,091.50 setiap auns troy daripada US$4,180.30.60 setiap auns troy sebelumnya, manakala kontrak Julai 2026 merosot kepada US$4,106.50 setiap auns troy daripada US$4,195.30 dan Ogos 2026 menguncup kepada US$4,124.20 setiap auns troy daripada US$4,211.0.

Jumlah dagangan merosot kepada 18 lot daripada 26 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 88 kontrak daripada 77 kontrak sebelumnya.

Sementara itu, harga emas fizikal berada pada US$4,170.95 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market pada 10 Jun, 2026.

-- BERNAMA