Bursa Malaysia Gantung Jualan Singkat Petronas Chemical Susulan Pelanggaran Had Harga
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia menggantung aktiviti jualan singkat harian (IDSS) Petronas Chemical Holdings Bhd (PCG) sehingga 8.30 pagi esok, 16 Jun 2026 selepas saham itu melanggar had harganya.
Semasa ditutup hari ini, harga saham PCG menyusut 66 sen kepada RM4.68. Saham itu dibuka hari ini pada harga RM5.24.
Bursa dalam kenyataan hari ini memaklumkan penggantungan saham itu dibuat selepas harga saham menyusut lebih 15 peratus daripada harga rujukan.
-- BERNAMA