BERITA TERKINI   Unit UEM Sunrise memeterai dua perjanjian pembangunan hartanah utama di Australia, dengan nilai agregat A$315.4 juta | Malaysia, UK sehaluan perketat kawal selia media sosial bagi individu bawah 16 tahun - Fahmi | MCMC, PDRM dan SPR perkukuh kerjasama pantau serta tangani sentimen 3R menjelang PRN Johor dan Negeri Sembilan - Fahmi | 79 Pusat NADI beroperasi sepenuhnya di seluruh Kelantan, meliputi semua DUN - Fahmi | Agong zahir takziah dua anggota tentera maut letupan bom di Kem Hobart | 

Powerwell Dapat Kontrak RM158,81 Juta Berkaitan Pusat Data Di Johor

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Powerwell Holdings Bhd, Kejuruteraan Powerwell Sdn Bhd telah memperoleh kontrak RM158.81 juta untuk membekalkan papan suis voltan rendah berhubung dengan projek pusat data di Johor. 

Pembuat produk pengedaran elektrik itu berkata subsidiarinya itu telah menerima kontrak bekalan bertarikh 11 Jun daripada kontraktor antarabangsa terkemuka untuk pembekalan dan penghantaran.

“Kontrak pembekalan itu dijangka akan dipenuhi menjelang tahun kewangan berakhir 31 Mac 2027,” katanya melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Powerwell menambah bahawa kontrak pembekalan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan disatukan dan aset bersih kumpulan itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2027.

 -- BERNAMA