BERITA TERKINI   Inflasi Malaysia meningkat 2.0 peratus pada Mei 2026 - DOSM | Lebihan dagangan meningkat kepada RM40.4 bilion pada Mei 2026, sekali gus mencatat lebihan selama 73 bulan berturut-turut sejak Mei 2020 - DOSM | Eksport Malaysia tumbuh 45.3 peratus kepada RM184.0 bilion, import naik 14.1 peratus kepada RM143.6 bilion pada Mei 2026 - DOSM | Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 29.8 peratus kepada RM327.6 bilion pada Mei 2026, didorong pertumbuhan eksport lebih kukuh - DOSM | DBKL peruntuk RM200 juta di bawah Program Lestari Niaga bangunkan semula 287 lokasi gerai penjaja di ibu negara - Hannah | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, sejajar dengan penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang rendah, kata peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun merosot untuk sesi dagangan kedua berturut-turut selepas Amerika Syarikat (AS) dan Iran mencapai perjanjian damai sementara, yang mendorong harga minyak mencatatkan penurunan mendadak.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent menurun 2.15 peratus kepada US$77.84 setong.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh optimisme terhadap perjanjian damai AS-Iran dan jangkaan sokongan dasar berterusan untuk ekonomi China,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sentimen pasaran terus dipengaruhi oleh data ekonomi AS yang bercampur-campur dan prospek berhati-hati daripada Rizab Persekutuan AS selepas penggubal dasar mengekalkan kadar faedah tidak berubah dalam kebimbangan mengenai inflasi yang berterusan.

Pada 3 petang, harga SMR 20 menurun 12 sen kepada 935.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal kekal tidak berubah pada 792 sen sekilogram.

-- BERNAMA