BERITA TERKINI   Sektor 'Advanced Air Mobility' dan dron dijangka berkembang pesat dengan pelaburan bernilai berbilion dolar - Loke | LAE buka peluang tarik pelaburan bernilai tinggi, tingkatkan daya saing negara - Loke | Garis panduan Ekonomi Altitud Rendah (LAE) dijangka diumum hujung tahun ini, perkasa kawal selia dan operasi ekosistem LAE - Loke | Lim Guan Eng, isterinya dan ahli perniagaan Phang Li Koon gagal dalam permohonan batalkan pertuduhan rasuah, ubah wang haram berkaitan projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta | Aliran keluar bukan pemastautin dalam pasaran pertukaran asing mencerminkan penyusunan semula portfolio susulan prestasi kukuh ringgit pada awal tahun ini - BNM | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, seiring kelemahan pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS) susulan pendirian cenderung mengetatkan dasar monetari oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS yang menjejaskan sentimen pasaran terhadap prospek kenaikan kadar faedah.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pelabur kini memberi tumpuan kepada data inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS yang akan diumumkan pada Khamis bagi mendapatkan petunjuk lanjut mengenai hala tuju kadar faedah.

Harga logam berharga itu turut merosot seiring kelemahan pasaran ekuiti walaupun harga minyak terus menyederhana, dengan emas jongkong susut hampir 1.5 peratus dalam dagangan harian dan kembali menghampiri paras US$4,100 seauns troy, katanya kepada Bernama.

Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2026 susut kepada US$4,118.10 seauns troy daripada US$4,209.30 seauns troy ketika ditutup pada Isnin, manakala kontrak Julai 2026 turun kepada US$4,132.50 seauns troy daripada US$4,223.70 seauns troy.

Kontrak Ogos 2026 merosot kepada US$4,154.10 seauns troy daripada US$4,244.80 seauns troy sebelumnya.

Kontrak September 2026 naik kepada US$4,158.60 seauns troy berbanding US$4,249.30 seauns troy ketika ditutup sebelum ini, manakala kontrak Oktober 2026 dan Disember 2026 masing-masing turun kepada US$4,177.70 seauns troy daripada US$4,268.40 seauns troy.

Jumlah dagangan meningkat kepada 19 lot berbanding lima lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka naik kepada 86 kontrak daripada 71 kontrak sebelumnya.

Sementara itu, harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,196.95 seauns troy berdasarkan penetapan London Bullion Market Association (LBMA) pada 22 Jun, 2026.

-- BERNAMA