BERITA TERKINI   Bimoffice Group Bhd mula disenaraikan di Pasaran LEAP dibuka dengan premium 11.5 sen berbanding harga IPO sebanyak 15 sen, dengan 40,000 saham diniagakan | 

Terdapat 341 berita berdasarkan kata kunci carian " dividen"

Kerajaan Masih Mampu Tampung Subsidi RON95, Sedia Selaras Dasar

IPOH, 28 Mac (Bernama) -- Kerajaan ketika ini masih mampu menampung jumlah subsidi bagi petrol RON95, namun bersedia melakukan pelarasan dasar mengikut keperluan semasa sekiranya kos terus meningkat akibat krisis di Asia Barat.

Untung Bersih Binastra Naik Kepada RM133.49 Juta Bagi Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Keuntungan bersih Binastra Corporation Bhd meningkat kepada RM133.49 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2026 (TK2026) daripada RM90.26 juta pada tahun sebelumnya. 

MTTSL Sasar IPO RM652.5 Juta, Penyenaraian Logistik Terbesar Sejak Westports

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Pengendali perkapalan kontena, MTT Shipping and Logistics Bhd (MTTSL), merancang untuk mengumpul RM652.5 juta melalui terbitan awam sebanyak 633.5 juta saham biasa baharu.

LTAT Rancang Teroka Pasaran Luar Secara Berperingkat Tingkatkan Pulangan Portfolio

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) merancang untuk memperluas pelaburannya ke pasaran luar negara secara berperingkat sebagai sebahagian usaha meningkatkan pulangan portfolio, dengan penempatan awal dijangka bermula seawal tahun ini.

Kenanga IB Naikkan Unjuran Inflasi 2026 Kepada 2.1 Peratus

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menaikkan unjuran inflasi 2026 kepada 2.1 peratus daripada 1.9 peratus susulan konflik di Asia Barat yang berterusan, meskipun subsidi tenaga dan pengukuhan ringgit terus membantu mengawal harga.

Sektor Domestik Kekal Berdaya Tahan Dalam Ketidaktentuan Harga Minyak - Maybank IB

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Sektor domestik Malaysia dijangka kekal berdaya tahan walaupun pasaran tidak menentu dalam masa terdekat, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

Mengemudi Cabaran Kalendar F1 2026 Ketika Konflik Asia Barat

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Ketika Formula 1 (F1) membuka kalendar 2026 bermula di Melbourne, Australia dari 6 hingga 8 Mac, sukan permotoran itu kini menghadapi cabaran geopolitik yang paling sukar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sektor Perbankan Berdaya Tahan, Disokong Penampan Modal Yang Kukuh -- CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Sektor perbankan terus menawarkan ciri-ciri daya tahan dan kekal dilindungi dengan baik walaupun terdapat ketidaktentuan geopolitik yang meningkat, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Untung Bersih Eco World Suku Pertama Naik Kepada RM156.41 Juta Susulan Jualan Kukuh

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Pemaju hartanah Eco World Development Group Bhd (Eco World) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM156.41 juta bagi tempoh suku pertama yang berakhir 31 Jan, 2026 daripada RM80.34 juta pada suku pertama tahun sebelumnya.

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 Berakhir, Konflik Asia Barat Antara Tumpuan

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi Mesyuarat Pertama tahun 2026 yang berakhir hari ini memberi tumpuan kepada pengukuhan daya tahan ekonomi negara, pengurusan fiskal serta langkah kerajaan memantau impak konflik di Asia Barat terhadap ekonomi domestik dan global.

Harga Tenaga Tinggi Tingkatkan Pendapatan Huluan Petronas - Moody's Ratings

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Agensi penarafan kredit Moody’s Ratings menjangkakan harga tenaga yang tinggi meningkatkan pendapatan huluan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Status Malaysia Sebagai Pengeluar Minyak Beri Kelebihan Lindungi Rakyat - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Status Malaysia sebagai pengeluar minyak dan pendapatan yang dijana daripada sektor itu membantu kerajaan melindungi rakyat daripada kesan kenaikan harga tenaga, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.