Terdapat 2959 berita berdasarkan kata kunci carian " bursa"

Berjaya Assets Lantik Menantu Vincent Tan Sebagai CEO Baharu

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Berjaya Assets Bhd telah melantik Tan Tee Ming, 49, menantu pemegang saham utamanya Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya, berkuat kuasa 1 Jan 2026.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Pada Hari Dagangan Terakhir Tahun Ini

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada hari dagangan terakhir 2025 hari ini berikutan kebimbangan pasaran terhadap prospek permintaan yang lebih lemah.

Niaga Hadapan Emas Tutup Dagangan Hari Terakhir 2025 Lebih Rendah Seiring Comex AS

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada hari dagangan terakhir 2025, menjejaki prestasi lemah di Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat (COMEX AS).

Capital A Mohon Kelulusan Bursa Lanjutan Masa Muktamadkan Pengagihan Saham

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Capital A Bhd memohon kelulusan Bursa Malaysia Securities untuk melanjutkan tempoh sehingga 19 Jan, 2026 bagi melengkapkan pengagihan saham yang dicadangkan.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih rendah pada Rabu, menjejaki pasaran tunai pendasar. 

Bursa Malaysia Alami Prestasi Rendah Pada Hari Dagangan Terakhir 2025

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia menutup hari dagangan terakhir 2025 dengan prestasi yang sedikit lemah, susut 0.26 peratus di tengah-tengah keadaan yang negatif berikutan tiadanya pemangkin baharu dan selari dengan kelemahan di pasaran serantau.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam persekitaran kekurangan pemangkin baharu, seiring dengan pergerakan pasaran serantau yang rendah.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya diniagakan tinggi pada sesi awal hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Ambil Petunjuk Daripada Penurunan Wall Street

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) --  Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penuruan daripada semalaman Wall Street susulan kemerosotan saham berkaitan teknologi.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh jangkaan output lebih perlahan dan permintaan yang semakin meningkat untuk beberapa minggu akan datang.

Cypark Tebus Sepenuhnya Sukuk Musharakah kekal Tranche 1 Bernilai RM235 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Cypark Resources Bhd, Cypark Renewable Energy Sdn Bhd telah menyelesaikan penebusan awal dan penuh Sukuk Musharakah Kekal Tranche 1 berjumlah RM235 juta hari ini. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa susulan aktiviti pengambilan untung, meskipun harga yang lebih kukuh di COMEX Amerika Syarikat (AS).