2hari ago
KOTA KINABALU, 7 Feb (Bernama) -- Pelancaran Pos Shop pertama di Sabah diharap akan dapat memenuhi kehendak pelanggan sekali gus memberikan manfaat kepada perusahanan kecil dan sederhana (PKS) bagi menjana pendapatan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Kerajaan Sarawak telah meluluskan permohonan lesen kepada Zecon Bhd untuk menjana tenaga solar di bawah Ordinan Elektrik Sarawak bagi membekalkan elektrik ke Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP) di Kuching.
2hari ago
TANJUNG MALIM, 7 Feb (Bernama) -- Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat sebanyak 4.6 peratus bagi Disember 2024, dipacu oleh pengembangan dalam kesemua sektor, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).
2hari ago
TANJUNG MALIM, 7 Feb (Bernama) -- Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia termasuk jadual tarif baharu di bawah mekanisme Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) untuk Regulatori Keempat (RP4) akan mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
3hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
BENTONG, 6 Feb (Bernama) – Pengharmonian elemen santai, menikmati keindahan selain menyuntik kesedaran mengurangkan impak ke atas alam semula jadi menjadi pendekatan Berjaya Hills Resort Bhd bagi menghidupkan percutian eko di The Chateau Spa and Wellness Resort di sini.
3hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) bersedia untuk mengesahkan 18 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) pada Permukiman AEM yang akan datang di Johor pada akhir Februari, bertujuan memacu integrasi ekonomi serantau, keterangkuman, kemampanan dan perdagangan digital.
3hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Masih terlalu awal untuk menentukan sama ada tarif yang dikenakan Washington ke atas Kanada, Mexico dan China akan memudaratkan atau memberi manfaat kepada Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Malaysia dan Uzbekistan perlu meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala dalam sektor seperti teknologi makanan, pertanian, semikonduktor, tenaga hijau dan kenderaan elektrik (EV), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Maybank Investment Bank (Maybank IB) menaikkan unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk tahun ini sebanyak lima peratus kepada 790,000 unit, meningkat daripada unjuran sebelumnya iaitu 750,000 unit.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menggesa kerajaan untuk menyediakan skim kredit eksport dan menurunkan duti import ke atas bahan mentah bagi menyokong perniagaan terutamanya dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana.