20jam ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Lebih RM4 bilion daripada peruntukan RM5 bilion di bawah Kemudahan Bantuan Kestabilan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bank Negara Malaysia (BNM) (SME SRF) masih tersedia bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menguruskan aliran tunai serta mengurangkan gangguan operasi.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menetapkan empat keutamaan untuk mengatasi kegagalan rantaian bekalan aeroangkasa yang berterusan iaitu meningkatkan kebolehlihatan rantaian bekalan dan membuka akses kepada pasaran selepas jualan.
1hari ago
PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Perbelanjaan pelancongan domestik merekodkan RM34.0 bilion dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 15.8 peratus pada suku pertama 2026, menurut Survei Pelancongan Domestik Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kerajaan mengambil pendekatan jangka panjang untuk memastikan keselamatan sumber air di Johor terus terjamin selaras dengan pertumbuhan pesat sektor perindustrian, pembangunan bandar dan pelaburan strategik termasuk pusat data.
2hari ago
Oleh Rosemarie Khoo
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa berikutan aktiviti pembelian saham murah walaupun pretasi Wall Street bercampur-campur, kata seorang penganalisis.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada Isnin disebabkan minat belian berkurangan memandangkan pelabur kekal berhati-hati terhadap rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Iran.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Malaysia masih mampu menampung kesan gangguan perdagangan di Selat Hormuz melalui penyesuaian rantaian bekalan, penyerapan kos oleh firma serta langkah dasar kerajaan yang membantu mengehadkan pemindahan kos kepada harga domestik, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Sektor teknologi, produk perindustrian dan perkhidmatan serta perkhidmatan kewangan telah menarik gabungan aliran masuk bersih sebanyak RM319.8 juta minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
6hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Sebanyak lima persatuan perubatan dan insurans/takaful memaklumkan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan komunikasi dan kecekapan operasi dalam kalangan doktor, hospital, syarikat insurans dan pengendali takaful.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Industri automotif Malaysia mencatatkan penurunan 15 peratus dalam jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 61,250 unit pada Mei 2026 berbanding 72,113 unit pada April 2026.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 2.0 peratus pada Mei 2026 dengan mata indeks mengalami kenaikan kepada 137.1 daripada 134.4 berbanding tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
6hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah, tertekan oleh jualan dalam saham-saham wajaran tinggi yang didahului sektor perkhidmatan kewangan.