3hari ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Sektor pembuatan ASEAN mencatat penyederhanaan ketara dari segi penunjuk permintaan pada Mac 2026 susulan peningkatan kos input dan caj output, sekali gus menjadikan prestasi terendahnya dalam tempoh enam bulan, menurut S&P Global.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Pengeluar sarung tangan yang lebih terdedah kepada sarung tangan lateks asli boleh menerima manfaat sementara waktu di tengah-tengah konflik Asia Barat apabila pelanggan mencari pengganti yang lebih murah bagi sarung tangan getah nitril butadiena (NBR).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Malaysia berada dalam keadaan ekonomi yang kukuh dalam memasuki tempoh kejutan harga minyak berikutan konflik di Asia Barat, disokong oleh permintaan dalam negeri yang teguh, inflasi yang sederhana, sektor kewangan yang mantap dan kedudukan luaran yang berdaya tahan.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM245.2 bilion pada Februari 2026 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM131.0 bilion dan RM114.2 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Indeks nilai unit eksport Malaysia pada Februari 2026 menurun sedikit sebanyak 0.01 peratus kepada 153.11 mata berbanding 153.12 mata pada Januari, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia turun 3.4 peratus tahun ke tahun pada Februari 2026 selepas penurunan 2.9 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
10hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Risiko pengurangan kadar penggunaan bagi tanaman bijirin 2026/2027 di seluruh Asia Tenggara semakin meningkat, terutamanya apabila jendela penggunaan utama semakin hampir, menimbulkan risiko penurunan kepada pengeluaran, menurut BMI, sebuah unit Fitch Solutions.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kalangan pelabur asing meneruskan aktiviti jualan bersih bagi minggu kelima berturut-turut di lapan pasaran Asia dengan aliran keluar bersih mencecah US$12.13 bilion pada minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 9.5 peratus kepada RM245.2 bilion pada Februari 2026 daripada RM223.9 bilion setahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
16hari ago
SEPANG, 19 Mac (Bernama) -- Malaysia Airports (MAHB) mencatatkan 8.9 juta pergerakan penumpang pada Februari 2026, menjadikan jumlah terkumpul setakat tahun ini kepada 18.3 juta penumpang untuk dua bulan pertama tahun ini.
17hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan hari ini apabila ditutup tinggi berbanding dolar AS berikutan harga minyak mentah yang rendah selepas langkah pelepasan Rizab Petroleum Strategik (SPR).
17hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Sektor hartanah Malaysia berpotensi berdepan penurunan sederhana sekiranya harga minyak kekal tinggi, berikutan peningkatan kos bahan api yang mendorong kenaikan kos pengangkutan serta kos pembinaan, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).