11jam ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$124.12 bilion (US$1= RM4.04) pada 30 November, 2025, manakala aset mata wang asing lain berada pada US$266.2 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
15jam ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penuruan daripada semalaman Wall Street susulan kemerosotan saham berkaitan teknologi.
1hari ago
PUTRAJAYA, 30 Dis (Bernama) — Global Construction Certification Centre Sdn Bhd (GCCC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan CIDB Holdings Sdn Bhd untuk mempromosi dan memudahkan akses kepada perkhidmatan pengujian, pensijilan dan latihan industri produk pembinaan antarabangsa.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia pulih daripada penurunan intra harinya, ditutup 0.23 peratus lebih tinggi hari ini menghampiri paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan, susulan permintaan kukuh institusi.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung muncul terhadap saham mewah terpilih dalam persekitaran kekurangan pemangkin baharu.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd menyekat lebih 265 juta panggilan penipuan dan cubaan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu di seluruh negara sejak melaksanakan perlindungan penipuan peringkat rangkaian secara menyeluruh merentasi rangkaian 4G dan 5G syarikat itu setakat Disember 2025.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu keenam berturut-turut dengan aliran masuk bersih RM639.5 juta berbanding pelabur runcit tempatan yang merekodkan aliran keluar bersih minggu keempat berturut-turut berjumlah RM90.2 juta.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding peningkatan sebelum ini, ketika pelabur giat melakukan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih.
6hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Berbaki kurang seminggu sebelum penutupan 2025, ringgit meneruskan momentum meningkat, diniagakan sekitar 4.04 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), paras tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Bagi kebanyakan isi rumah di Malaysia, lonjakan harga emas global bukan sekadar cerita spekulasi atau turun naik pasaran, sebaliknya menjadi ibarat payung sebelum hujan, apabila nilai barang kemas dan simpanan emas yang dikumpul sejak bertahun-tahun meningkat, sekali gus memberi ruang pernafasan kewangan dan memperkukuh daya tahan keluarga dalam menghadapi tekanan kos sara hidup.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) telah melantik Mazuki Abdullah @ Muhammad sebagai Pengarah Urusan Kumpulan baharunya, berkuat kuasa 1 Januari, 2026.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- MARC Ratings mengekalkan penarafan berdaulat maklumat awam ke atas Malaysia pada AAA dengan tinjauan stabil berdasarkan skala penarafan nasional agensi penarafan kredit itu.