Terdapat 104 berita berdasarkan kata kunci carian " ipo "

Bursa Malaysia Kekal Stabil Harungi Cabaran Global, Disokong Penilaian Menarik

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Pasaran saham Malaysia pulih dan kekal stabil menjelang akhir tahun, disokong oleh penilaian menarik dan pemulihan pendapatan meskipun kegawatan perdagangan global yang tercetus akibat tarif Amerika Syarikat (AS) serta penutupan kerajaan berpanjangan yang menjejaskan sentimen pelabur.

Kekurangan Firma Modal Besar Jadikan Bursa Malaysia Kurang Menarik Kepada Pelabur Asing - PNB

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Kekurangan firma bermodal besar dengan mudah tunai yang mencukupi merupakan satu daripada cabaran utama yang menjadikan Bursa Malaysia kurang menarik kepada pelabur asing berbanding rakan-rakan serantau, kata Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Ambest Group Sasar Penyenaraian Di Bursa Malaysia Pada Suku Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Ambest Group Bhd yang beribu pejabat di Pulau Pinang menyasarkan untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada suku pertama tahun depan.

Pasaran IPO Malaysia Berada Di Landasan Bagi 60 Penyenaraian Pada 2025 - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Malaysia memperlihatkan prestasi kukuh tahun ini, dengan jumlah penyenaraian dijangka mencecah 60 syarikat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

SC Lulus Cadangan Penyenaraian Sunway Healthcare Di Pasaran Utama Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah meluluskan cadangan penyenaraian Sunway Healthcare Holdings Bhd (SHH) di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

IPO LAC Med Yang Bakal Disenaraikan Di Pasaran Utama Terlebih Langgan 12.64 Kali

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- LAC Med Bhd mencatatkan tawaran awam permulaan (IPO) terlebih langganan sebanyak 12.64 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Semico Capital Meterai Perjanjian Taja Jamin Untuk IPO

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Semico Capital Bhd memeterai perjanjian taja jamin bersama Affin Hwang Investment Bank Bhd bagi menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO) untuk penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Wasco Greenergy Sasar RM75 Juta Daripada IPO

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Wasco Greenergy Bhd, yang dijadualkan untuk penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia berhasrat mengumpulkan RM75 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO).

Orkim Mahu Kumpul RM92 Juta Menjelang Penyenaraian Sulung Di Pasaran Utama

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Orkim Bhd iaitu syarikat pengangkutan marin mahu mengumpul RM92 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraian sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada 9 Dis, 2025.

Pengendali Akuarium Aquawalk Mula Disenaraikan Dengan Susut 1 Sen Dari Harga IPO

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Aquawalk Group Bhd yang membuat kemunculan sulung di Pasaran Ace Bursa Malaysia hari ini, mencatatkan harga pembukaan pada 30 sen sesaham, satu sen di bawah harga tawaran awam permulaannya (IPO) iaitu 31 sen dengan 26.49 juta saham diniagakan.

PMW International Sedia Percepatkan Pengembangan Di Sarawak Selepas Penyenaraian

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- PMW International Bhd bersedia mempercepatkan rancangan pengembangannya di Sarawak berikutan penyenaraiannya di Pasaran ACE, didorong oleh keyakinan kumpulan itu untuk memperkukuh keupayaan pembuatan dan infrastrukturnya.

Geohan Hasrat Kumpul RM72.6 Juta Melalui IPO

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Pakar kejuruteraan geoteknik dan asas, Geohan Corporation Bhd berhasrat untuk mengumpulkan RM72.6 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 5 Disember 2025.