3hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Sidang Kemuncak Xceleration Digital Malaysia (MDX) 2025 akan menumpukan pada teknologi generasi akan datang (NEXTGEN), membincangkan lima perkara utama dalam sesi panel sepanjang acara yang berlangsung selama tiga hari itu.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Negara-negara ASEAN Campur Tiga (APT) mengulangi komitmen teguh untuk memperdalam integrasi ekonomi serantau dan mengekalkan sistem perdagangan multilateral berasaskan peraturan, dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dan perdagangan global yang semakin meningkat.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Jawatankuasa Rundingan Perdagangan (TNC) Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada Ke-14 (ACAFTA) dan mesyuarat berkaitan menandakan langkah penting ke arah memajukan FTA ASEAN-Kanada yang moden, berkualiti tinggi dan saling menguntungkan.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Tempoh memproses kelulusan Pas Penggajian Ekspatriat (EP) yang sebelum ini mengambil masa 40 hari kini dipendekkan kepada 10 hari bekerja susulan penyepaduan Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dan MYFutureJobs ke dalam Xpats Gateway bermula 1 Julai.
11hari ago
RIO DE JANEIRO, 6 Julai (Bernama) -- Malaysia menyokong penuh reformasi menyeluruh terhadap Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
20hari ago
MOSCOW, 28 Jun (Bernama) -- Rusia menyatakan kesediaan dan bersetuju untuk terus bekerjasama dalam meningkatkan keupayaan Malaysia dari segi institusi, modal insan, teknikal, komersial dan perundangan bagi pembangunan teknologi tenaga nuklear negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
21hari ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
MOSCOW, 27 Jun (Bernama) -- MyPOWER Corporation Malaysia hari ini menandatangani perjanjian tanpa pendedahan (NDA) dengan Rosatom Energy Projects dari Rusia untuk perkongsian pengetahuan dari segi pembangunan tenaga nuklear.
21hari ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
MOSCOW, 27 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Perbadanan Nuklear Rusia Rosatom, Alexey Likhachev untuk membincangkan kerjasama dua hala dalam tenaga nuklear.
23hari ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 25 Jun (Bernama) -- Selepas menunggu hampir tiga dekad, 31 pemilik unit kedai dan sembilan pemilik unit pangsapuri di Kompleks Taman Kewangan di sini, akhirnya berjaya memperoleh hak milik strata masing-masing hari ini.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia melantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, sebagai Pengerusi baharu SEDA Malaysia mulai 15 Mei, 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN akan membentangkan Laporan Integrasi ASEAN pada September, yang akan melengkapkan Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN 2026-2030, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi yang berterusan memberi risiko paling ketara kepada prospek industri penerbangan, kata Ketua Pengarah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) Willie Walsh.