9jam ago
KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Malaysia memulakan fasa keempat pelaksanaan invois elektronik (e-invois) hari ini, menandakan satu lagi usaha kerajaan bagi memperkukuhkan pentadbiran cukai, selain meringankan beban pematuhan terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Usaha untuk memperluas pelan hala tuju tenaga Malaysia memerlukan pelaburan berterusan, infrastruktur kukuh dan kolaborasi bersama penggubal dasar, pembiaya dan rakan serantau, termasuk bekerjasama dengan pemain teknologi ASEAN dan juga global.
6hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini susulan aktiviti pengambilan untung mengakhiri rentetan kenaikannya selama lima hari dagangan.
6hari ago
PUTRAJAYA, 26 Dis (Bernama) -- Prestasi kukuh komoditi kelapa sawit terus menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan sektor pertanian negara apabila mencatatkan kenaikan 3.1 peratus pada 2024 berbanding 0.2 peratus pada tahun sebelumnya, menurut Indikator Pertanian Terpilih 2025 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Syarikat milik penuh Citaglobal Bhd, Citaglobal Land Sdn Bhd memperoleh dua kontrak pembinaan daripada UDA Land (South) Sdn Bhd dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bernilai RM82.72 juta.
10hari ago
ISKANDAR PUTERI, 22 Dis (Bernama) -- Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), usaha sama di antara MMC Group dan APM Terminals yang berpangkalan di Belanda melaksanakan inisiatif elektrifikasi keseluruhan kumpulan lori di pelabuhan itu bermula tahun depan.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Penilaian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap prestasi ekonomi Malaysia mencerminkan pengurusan fiskal negara yang berhemat, permintaan domestik kukuh dan komitmen terhadap pembaharuan struktur di bawah rangka kerja Ekonomi MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Malaysia mempamerkan daya tahan ekonomi yang kental tahun ini meskipun berdepan ketegangan dan ketidakpastian dasar perdagangan global, disokong oleh penggunaan dan pelaburan domestik, peningkatan pekerjaan dan kitaran kukuh sektor teknologi global.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- United Malacca Bhd (UMCCA) mencatat keuntungan bersih sebanyak RM55.37 juta pada suku kedua berakhir 31 Okt 2025 daripada RM30.92 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Gamuda Bhd memperoleh dua lagi kontrak di Australia menerusi anak syarikat milik penuhnya, menjadikan nilai perolehan kontrak dalam tangan kumpulan itu mencatatkan rekod tertinggi sebanyak RM46 bilion.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Keuntungan bersih Top Glove Corporation Bhd melonjak kepada RM38.58 juta pada suku pertama berakhir 30 Nov 2025 berbanding RM5.47 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- China Market memilih Malaysia sebagai habnya di ASEAN, sekali gus membuka peluang kepada produk perindustrian China menembusi pasaran Asia Tenggara.