Terdapat 1002 berita berdasarkan kata kunci carian " rizab"

Ringgit Ditutup Rendah, Kekal Akhiri 2025 Dengan Prestasi Lebih Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari terakhir 2025 diasak oleh aktiviti pengambilan untung, namun kekal melakar prestasi sebagai antara mata wang berprestasi terbaik rantau ini bagi 2025.

Malaysia Catat Inflasi Keseluruhan 1.4 Peratus, Teras 2.2 Peratus Pada November -- BNM

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia meningkat sedikit kepada 1.4 peratus pada November 2025 daripada 1.3 peratus pada bulan sebelumnya, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM). 

Aset Rizab Malaysia Pada US$124.12 Bilion Setakat Akhir November 2025 - BNM

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$124.12 bilion (US$1= RM4.04) pada 30 November, 2025, manakala aset mata wang asing lain berada pada US$266.2 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM). 

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Ambil Petunjuk Daripada Penurunan Wall Street

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) --  Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penuruan daripada semalaman Wall Street susulan kemerosotan saham berkaitan teknologi.

Ringgit Dibuka Tinggi Susulan Penurunan Dolar Selepas Pengumuman Minit Mesyuarat FOMC

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan peningkatan, dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu susulan penurunan mata wang AS itu selepas pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh harga minyak mentah yang stabil dan trend bercampur-campur dalam niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Ringgit Teruskan Momentum Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang sebaliknya susut menjelang penerbitan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) hari ini.

Ringgit Terus Mengukuh Cecah Paras 4.04, Tertinggi Hampir Lima Tahun

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila mencecah 4.04, paras tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun selepas data terkini menunjukkan keyakinan pengguna di negara maju itu kekal lemah.

MARC Ratings Kekalkan Penarafan AAA Untuk Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- MARC Ratings mengekalkan penarafan berdaulat maklumat awam ke atas Malaysia pada AAA dengan tinjauan stabil berdasarkan skala penarafan nasional agensi penarafan kredit itu.

Ringgit Melonjak Ke Paras Tertinggi Sejak Awal Mac 2021

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Ringgit mencecah paras 4.0615 hari ini berbanding dolar AS, paras tertingginya sejak awal Mac 2021, apabila jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) terus memberi tekanan terhadap dolar AS.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih rendah, dipengaruhi oleh penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran sentimen pasaran serantau yang memberangsangkan.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kelemahan Dolar

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS), Indeks Dolar AS merosot 0.33 peratus kepada 98.271 mata dalam persekitaran volum dagangan rendah berikutan minggu dagangan yang singkat disebabkan cuti umum.