10jam ago
SEPANG, 28 Okt (Bernama) -- Malaysia terus berfungsi sebagai hab logistik untuk panel solar ketika Amerika Syarikat (AS) menaikkan tarif ke atas peralatan solar dari Asia Tenggara, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia diunjurkan pada 2.3 peratus tahun ini dan 2.9 peratus pada 2025 berbanding unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu antara 2 peratus dan 3.5 peratus bagi 2024, kata Ketua Ahli Ekonomi Allianz SE Ludovic Subran.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd menyemak semula unjuran inflasi 2024 kepada 2.0 peratus daripada 2.3 peratus sebelum ini, dengan mengambil kira rasionalisasi subsidi petrol tidak dilaksanakan tahun ini.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia sangat mengejutkan pada 2024, dengan inflasi utama dan teras pada purata 1.8 peratus pada suku pertama hingga ketiga tahun ini, menurut ahli ekonomi kanan OCBC untuk ASEAN Lavanya Venkateswaran.
4hari ago
BANGI, 24 Okt (Bernama) -- Kerajaan dicadangkan menggunakan pendekatan yang tidak menganggu harga pasaran sedia ada dalam usaha melaksanakan penyasaran subsidi RON 95 supaya barangan keperluan di negara ini menjadi lebih mampu milik untuk rakyat.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kestabilan politik dan pertumbuhan kukuh yang dicatatkan Malaysia baru-baru ini membuka laluan untuk kerajaan melaksanakan pembaharuan penting, termasuk menyusun semula subsidi bahan api dan tenaga yang tinggi, menurut Morgan Stanley Investment Management.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kerajaan disaran melaksanakan pelan yang lebih komprehensif supaya perniagaan dapat terus 'bernafas' dan kekal berdaya saing.
5hari ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 23 Okt (Bernama) -- Industri beras Sabah dijangka menerima banyak manfaat daripada pelbagai inisiatif pertanian yang diumumkan dalam Belanjawan 2025, kata Prof Madya Dr Bonaventure Boniface dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).
5hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Jumlah kenderaan elektrifikasi (xEV) telah mencecah 33,319 unit setakat 30 Sept 2024, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Amaun tuntutan subsidi diesel oleh syarikat minyak bagi bulan Ogos 2024 telah berkurang sebanyak 51.6 peratus berbanding amaun tuntutan bagi bulan Mei 2024, sejak pelaksanaan penyasaran subsidi diesel mulai 10 Jun 2024, kata Kementerian Ekonomi.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Cadangan kerajaan memperuntukkan sejumlah RM900 juta bagi Program Residensi Rakyat (PRR) dan Rumah Mesra Rakyat menerusi Belanjawan 2025, mampu menangani keperluan kritikal terhadap pilihan perumahan mampu milik di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama)-- Tan Sri Rafidah Aziz menyarankan agar penyasaran subsidi yang bakal dilaksanakan pada tahun depan diperhalusi, termasuk melaksanakan analisis faedah kos bagi memastikan setiap perancangan dapat memberi manfaat kepada rakyat.