4hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi 0.36 peratus lebih rendah pada Selasa, menjejaki pasaran global bercampur-campur apabila sentimen pelabur bertukar menjadi berhati-hati dalam persekitaran ketegangan perdagangan baharu akibat cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tarif 15 hingga 20 peratus ke atas import Kesatuan Eropah.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Sunway Marketing Sdn Bhd (Sunway Marketing), rakan kongsi pengedar Zeekr Malaysia yang dilantik, telah melancarkan Zeekr Sunway secara rasmi hari ini, di tengah-tengah Bandar Sunway, Kuala Lumpur.
8hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggi pada Jumaat susulan aktiviti membeli saham berharga rendah yang berterusan berikutan penjualan besar-besaran pada awal minggu ini, kata seorang penganalisis.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada sesi tengah hari, dipacu oleh aktiviti pembelian berterusan dalam kaunter saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya sektor pembinaan, produk dan perkhidmatan perindustrian, dan kaunter perkhidmatan kewangan.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pembangunan Semula Bandar Singapura menganugerahkan tanah seluas 1.58 hektar di Chuan Grove, Singapura, kepada Sing Holdings Residential Pte Ltd (SHRPL) dan Sunway Developments Pte Ltd (SDPL) bagi cadangan projek pembangunan kediaman.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia mencatat pertumbuhan lebih kukuh dalam separuh kedua 2025, disokong oleh pelaburan membabitkan pusat data memberangsangkan, pembangunan infrastruktur dan permintaan domestik yang berdaya tahan, kata Knight Frank Malaysia.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menganggarkan nilai kontrak pusat data berjumlah RM10 bilion akan diterima tidak lama lagi walaupun Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan mengehadkan penghantaran cip kecerdasan buatan (AI) ke Malaysia.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (BERNAMA) -- CelcomDigi Bhd telah mencatatkan peningkatan produktiviti lebih daripada 20 peratus di seluruh stor runcit berkonsep baharunya, berikutan perubahan yang dibuat untuk menyampaikan pengalaman yang lebih mendalam dan dipacu digital kepada pelanggan.
11hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad dan Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra harinya hari ini berikutan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor perkhidmatan kewangan dan pembinaan.
18hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani and Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Malaysia bakal meraih manfaat besar daripada lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Itali, Perancis dan Brazil, bukan sahaja menarik pelaburan berpotensi, malah memperluas pasaran eksport dalam kecenderungan dasar perlindungan daripada tarif Amerika Syarikat (AS) yang boleh menjejaskan perdagangan global.
18hari ago
RIO DE JANEIRO, 8 Julai (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke tiga negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil berjaya mencapai objektif yang disasarkan.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd menjangkakan sektor pusat data Malaysia terus rancak meskipun berdepan kemungkinan sekatan eksport cip kecerdasan buatan (AI) dari Amerika Syarikat (AS).