1hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Lim Seong Hai Capital Bhd (LSH) telah menerima surat tawaran daripada Perbadanan Aset Keretapi (RAC) untuk cadangan penjualan dan pembangunan dua bidang tanah dengan nilai gabungan RM197.90 juta di Petaling, Selangor.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- IJM Corporation Bhd mengumumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah selesai menjalankan siasatan membabitkan Pengerusinya, Tan Sri Krishnan Tan, berkaitan dengan tawaran pengambilalihan sukarela oleh Sunway Bhd.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- RHB Bank Bhd memaklumkan bahawa unitnya, RHB Investment Bank Bhd tidak menerima sebarang bantahan daripada Bank Negara Malaysia untuk memulakan rundingan dengan Tokio Marine Asia Pte Ltd mengenai cadangan penjualan sehingga 100 peratus kepentingan dalam RHB Insurance Bhd.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Ireka Corp Bhd (Ireka) dan tujuh bekas pengarahnya di atas pelanggaran Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities selain mengenakan denda berjumlah RM425,000 ke atas pengarah-pengarah terlibat.
5hari ago
PUTRAJAYA, 11 Mei (Bernama) -- Kerajaan menyerahkan tawaran di bawah kerjasama strategik antara kerajaan Malaysia dan Arm Limited kepada tiga syarikat tempatan sebagai langkah penting untuk memperkukuh keupayaan negara dalam reka bentuk litar bersepadu (IC).
5hari ago
PUTRAJAYA, 11 Mei (Bernama) -- Kerajaan sedang memperhalusi penentuan garis pemisah yang sesuai antara golongan yang wajar menerima subsidi petrol dan mereka yang boleh dikeluarkan daripada sistem subsidi berkenaan dalam usaha melaksanakan mekanisme subsidi lebih bersasar, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) mengeluarkan surat lantikan kepada MISC Bhd untuk pembekalan, operasi dan penyelenggaraan Unit Penyimpanan dan Pengegasan Semula Terapung (FSRU) baharu bagi Terminal Pengegasan Semula Ketiga (RGT-3) di Lumut, Perak.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Petra Energy Bhd (PEB), melalui anak syarikat milik penuhnya, Petra Energy Development Sdn Bhd (PEDSB), meraih kontrak perkhidmatan pengurusan operasi medan daripada Vestigo Petroleum Sdn Bhd bagi kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) SK407 di Miri.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Kementerian Pertahanan memeterai 24 kontrak dan Program Kolaborasi Industri (ICP) bernilai RM3.54 bilion di pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Wartawan Perkhidmatan Berita Ekonomi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Zufazlin Baharuddin, telah terpilih menyertai Program Residensi Khazanah (KRP) Wolfson Press Fellowship 2026 anjuran Khazanah Nasional Bhd.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Varia Bhd (Varia), Pembinaan Teguh Maju Sdn Bhd (PTM) menerima surat lantikan daripada RSM Builders Sdn Bhd bagi sub kontrak bernilai RM293.32 juta.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pinehill Pacific Bhd menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk menangguhkan penyahsenaraiannya kepada 30 April, 2026 sekali gus membolehkan syarikat itu menyelesaikan skim pengurangan modal terpilih dan pembayaran balik (SCR).