1hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada Isnin berikutan dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah selepas indeks harga pengguna AS mengukuh kurang daripada jangkaan pada Januari 2026.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Press Metal Aluminium Holdings Bhd dijangka mencatatkan buat pertama kalinya, keuntungan teras melangkaui RM2 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 selepas didorong oleh lonjakan harga aluminium dan kadar alumina yang stabil, menurut RHB Investment Bank Bhd.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia untuk minggu keenam berturut-turut, mencatatkan aliran masuk asing bersih sebanyak RM377.2 juta, iaitu kira-kira 25 kali ganda lebih tinggi daripada RM15.0 juta pada minggu sebelumnya, menurut MBSB Investment Bank Bhd.
2hari ago
BALIK PULAU, 15 Feb (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) akan terus bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi meneliti mekanisme berkaitan perkembangan harga barangan import susulan pengukuhan ringgit.
3hari ago
LABUAN, 14 Feb (Bernama) -- Kesambungan penerbangan yang lebih baik dan usaha promosi di peringkat global lebih giat akan merancakkan pembangunan pelancongan Labuan, kata penggiat industri pelancongan pulau ini.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada minggu depan.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM150.97 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2025 (S3 TK2026) daripada RM115.86 juta pada tahun sebelumnya.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri keuntungan lima hari berturut-turut untuk ditutup lebih rendah hari ini, walaupun pasaran emas COMEX AS terus menunjukkan pengukuhan.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Anak syarikat Iskandar Waterfront City Bhd (IWCity), Bayou Bay Development Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat untuk melupuskan tanah pajakan seluas 6.64 hektar di Johor kepada WB Southern Sdn Bhd pada harga RM71.55 juta.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat, didorong oleh penurunan harga minyak mentah yang menjadi penanda aras dan niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd (Allianz Malaysia) mencatat pencapaian apabila disenaraikan dalam Senarai Pilihan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) 2025 Rangkaian Kompak Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia dan Brunei (UNGCMYB).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- PR1MA Corporation Malaysia melantik Brian Iskandar Zulkarim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan berkuat kuasa 1 Jan 2026.