13jam ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Hasil semangat kerjasama dalam kalangan rakyat tanpa mengira status sosial membolehkan Malaysia mengharungi dan mendepani pelbagai cabaran ekonomi sepanjang 2025, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
13jam ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Berjaya Assets Bhd telah melantik Tan Tee Ming, 49, menantu pemegang saham utamanya Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya, berkuat kuasa 1 Jan 2026.
1hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dengan lebih kukuh hari ini, pulih selepas penurunan pada awal dagangan untuk ditutup 0.21 peratus lebih tinggi, paras tertinggi baharu untuk tahun ini.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) terus memperkukuh amalan pengurusan data apabila empat pegawai jabatan itu berjaya memperoleh Certified Data Management Professional (CDMP) oleh DAMA International yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.
1hari ago
TASEK GELUGOR, 30 Dis (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) merancang untuk membina 5,000 unit rumah di Seberang Perai Utara dalam tempoh lima tahun akan datang dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM1 bilion.
3hari ago
KEPALA BATAS, 28 Dis (Bernama) -- Malaysia mencatatkan nilai eksport negara mencecah RM1.45 trilion bagi tempoh Januari hingga November tahun ini, manakala jumlah dagangan keseluruhan mencapai RM2.77 trilion bagi tempoh sama.
5hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Pasaran getah dijangka perlahan dengan kecenderungan untuk bergerak lebih tinggi minggu depan, kata pakar industri Denis Low.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Malaysia berjaya mengekalkan daya tahan ekonominya pada 2025, disokong oleh dasar perdagangan yang terbuka dan berkecuali walaupun dalam realiti perang tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump serta ketidaktentuan geopolitik.
9hari ago
ISKANDAR PUTERI, 22 Dis (Bernama) -- Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), usaha sama di antara MMC Group dan APM Terminals yang berpangkalan di Belanda melaksanakan inisiatif elektrifikasi keseluruhan kumpulan lori di pelabuhan itu bermula tahun depan.
9hari ago
KUALA LUMPUR, Dec 22 (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, kekal hampir di paras tertinggi dalam tempoh 15 bulan seiring dengan prestasi kebanyakannya positif di pasaran serantau serta disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Evergreen Max Cash Capital Bhd (EMCC) memperoleh kelulusan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi empat lesen pajak gadai baharu meliputi dua cawangan di Pahang serta masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd berjaya meraih pengiktirafan alam sekitar, sosial dan tadbir urus atau ESG Select List 2025 oleh Rangkaian Kompak Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia dan Brunei (UNGCMYB).