BERITA TERKINI   Cukai perkhidmatan ke atas sewaan dikurangkan kepada enam peratus daripada lapan peratus - PM Anwar | Kerajaan akan melanjutkan tempoh peralihan pelaksanaan e-Invois tanpa penalti selama setahun bagi syarikat dengan nilai jualan RM1 juta hingga RM5 juta - PM Anwar | Perusahaan mikro, kecil dan sederhana bakal diberi pengecualian cukai bagi nilai jualan sehingga RM1.5 juta - PM Anwar | Pemberian SARA RM100 kepada warganegara 18 tahun ke atas dikreditkan pada 9 Feb - PM Anwar | Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 1 akan dibuat bermula 20 Jan ini - PM Anwar | 

Terdapat 3999 berita berdasarkan kata kunci carian " baharu"

PETRA Galak Penglibatan Koperasi Dalam Pembangunan Ladang Solar, Capai Sasaran NETR

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mengalu-alukan penglibatan semua pihak, termasuk koperasi dalam pembangunan ladang solar dan program solar komuniti bagi mencapai sasaran 70 peratus kapasiti penjanaan elektrik daripada tenaga boleh baharu (TBB) menjelang 2050 di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini disokong oleh peningkatan di pasaran niaga hadapan getah serantau serta kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Untung Bersih Scientex Suku Pertama Naik 11.1 Peratus Kepada RM142.91 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Keuntungan bersih Scientex Bhd meningkat sebanyak 11.1 peratus kepada RM142.91 juta bagi suku pertama yang berakhir 31 Okt, 2025 daripada RM128.61 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Untung Bersih Suku Pertama Top Glove Melonjak Kepada RM38.58 Juta Berikutan Jualan Kukuh

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Keuntungan bersih Top Glove Corporation Bhd melonjak kepada RM38.58 juta pada suku pertama berakhir 30 Nov 2025 berbanding RM5.47 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Kabinet Baharu: FMM Harap Kesinambungan, Kestabilan Dasar

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) berharapkan kepada kesinambungan dan kestabilan dasar susulan pengumuman Kabinet baharu semalam.

Portugal Muncul Pintu Masuk Utama Malaysia Terokai Pasaran Kesatuan Eropah -- Duta

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Portugal muncul sebagai pintu masuk strategik bagi Malaysia untuk meneroka pasaran Kesatuan Eropah (EU), menawarkan kepakaran dalam tenaga boleh baharu, pembuatan, logistik maritim dan perkongsian teknologi, kata Duta Malaysia ke Portugal Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Tekanan Jualan Berterusan

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah ketika tengah hari pada Rabu susulan aktiviti penjualan saham wajaran tinggi terpilih yang berterusan, meskipun bursa serantau mencatatkan momentum peningkatan.

Keyakinan Terhadap ASEAN Kekal Kukuh Walaupun Ketegangan Serantau Meningkat

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Keyakinan terhadap ASEAN kekal kukuh walaupun terdapat perkembangan dan perhatian yang meningkat terhadap ketegangan serantau, termasuk situasi antara Thailand dan Kemboja.

MATRADE Yakin Johari Sebagai Teraju Baharu MITI Terus Perkukuh Agenda Eksport Negara

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yakin kepimpinan baharu Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus memperkukuh agenda eksport negara seiring dengan keutamaan pembangunan ekonomi Malaysia.

Sektor Minyak Sawit Kekal Stabil Pada 2025 Didorong Pengecualian Tarif AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Penggiat industri minyak sawit Malaysia menarik nafas lega apabila dikecualikan daripada tarif import sebanyak 19 peratus yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), pada masa yang sama mengekalkan momentum yang stabil pada tahun ini walaupun terjejas oleh permintaan luar yang rendah dan paras inventori yang tinggi.

Prestasi Getah Bercampur-campur, Komoditi Lain Seperti Koko Dan Lada Kekal Berdaya Tahan Pada 2025

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Industri getah Malaysia mencatatkan prestasi bercampur-campur tahun ini dengan output dan eksport termasuk permintaan luaran untuk sarung tangan menguncup, manakala komoditi lain seperti koko dan lada pula berdaya tahan.

Rombakan Kabinet Peluang Perkasakan Ekonomi MADANI, Tingkat Daya Saing PKS - Samenta

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Rombakan Kabinet memberikan peluang penting untuk memperkasakan Ekonomi MADANI dan memperkukuh pelaksanaan dasar khususnya dalam bidang yang memberi kesan langsung kepada perniagaan, pelabur dan pekerja, menurut Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta).