Terdapat 137 berita berdasarkan kata kunci carian " bermusim"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat, didorong oleh jangkaan pengeluaran yang lemah dalam beberapa minggu akan datang sejajar dengan trend bermusim, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup tinggi pada Selasa sejajar dengan kebanyakan pasaran serantau berikutan sentimen meningkat selepas Amerika Syarikat (AS) menangguhkan pelaksanaan tarif ke atas China, kata peniaga.

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-campur Susulan Prestasi Lemah Niaga Hadapan Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin susulan prestasi yang lebih lemah di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

MPOC Unjur Penurunan Bermusim Eksport Minyak Sawit Pada Januari, Februari 2025

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Eksport minyak sawit Malaysia dijangka mengalami penurunan bermusim pada Januari dan Februari tahun ini, terutamanya disebabkan pengeluaran yang merosot, kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Jualan Berterusan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah mengakhiri sesi tengah hari ini apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung berikutan sentimen lemah dan jualan berterusan dalam kaunter berkaitan indeks.

Egg-stra Ong Di Marrybrown Kembali Raikan Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Marrybrown menyambut Tahun Baharu Cina dengan kembali tawaran bermusimnya yang terkenal, Egg-stra Ong.

Asas Bermusim Kukuh Dijangka Dorong Niaga Hadapan MSM Meningkat Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan yang cenderung meningkat sedikit minggu depan, susulan asas bermusim yang lebih kukuh.

Kenanga IB: Pinjaman Sektor Perbankan Diunjur Tumbuh 6.0 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Pertumbuhan pinjaman perbankan Malaysia diunjur pada 6.0 peratus pada 2025 dalam persekitaran ketidaktentuan dalam dasar perdagangan asing, kata Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Niaga Hadapan MSM Terus Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis apabila kelewatan pelaksanaan program biodiesel B40 Indonesia telah mencetuskan ketidakpastian dalam pasaran, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Ambil Untung

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin selepas mencatatkan kenaikan awal berikutan peniaga mengambil untung susulan kenaikan harga yang berterusan baru-baru ini, kata peniaga.

Ringgit Dijangka Lemah Semasa Dagangan Lengang Minggu Depan

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Ringgit dijangka menunjukkan penurunan minggu depan ketika tempoh terakhir dagangan tahun ini dan permulaan dagangan 2025, dengan pergerakan mungkin berada dalam julat antara 4.47 hingga 4.50.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis berikutan kebimbangan terhadap permintaan lemah yang mungkin meningkatkan keseluruhan paras stok negara.