2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ringgit diniagakan hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga hari ini ketika tumpuan pelabur terus terarah kepada penilaian semula kadar faedah di peringkat domestik dan di AS.
2bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi pada Selasa berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah dan ketidakpastian mengenai langkah dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) AS yang seterusnya memberi kesan kepada dolar AS.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kekal kukuh pada Selasa, apabila ketidaktentuan dasar monetari AS yang berterusan menjejaskan mata wang itu.
2bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin susulan kekurangan pemangkin baharu bagi mata wang tempatan itu menjelang pengumuman beberapa data ekonomi utama Amerika Syarikat (AS).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) menghormati hak kedaulatan Malaysia untuk melaksanakan dasar luar dan ekonominya sendiri termasuk minat untuk meneroka peluang dengan kumpulan ekonomi BRICS, kata Duta Besarnya ke Malaysia Edgard D Kagan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka mengekalkan momentum positifnya minggu depan menjelang keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai kadar dasar semalaman (OPR) pada 6 November yang dijangka menjadi tumpuan utama.
2bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama yang lain pada Jumaat disokong oleh sentimen risiko yang bertambah baik susulan ketegangan perdagangan di antara AS dengan China mereda.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Majlis Perniagaan AS-ASEAN (USABC) dengan kerjasama Pusat Timur-Barat di Washington dan Institut ISEAS-Yusof Ishak, baru-baru ini telah melancarkan penerbitan edisi ketujuh 'ASEAN Matters for America, America Matters for ASEAN' di Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN (ABIS) di Kuala Lumpur.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh EWI Capital Bhd, EWI Investment Holdings Ltd telah membuat peralihan strategik ke arah pemegangan pelaburan dengan komitmen sebanyak A$ 100 juta (RM276.5 juta) sebagai pelabur utama dalam Dana Pejabat Austarlia TrustCapital No 3 (Dana).
2bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis selepas kenaikan lima hari berturut-turut apabila para peniaga menyimpan keuntungan berikutan ketidakpastian berhubung penurunan kadar faedah seterusnya Rizab Persekutuan AS (Fed).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini meneruskan kenaikannya bagi hari ketujuh berturut-turut, disokong oleh penurunan kadar sebanyak 25 mata asas oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) pada malam tadi, kata seorang penganalisis.
2bulan ago
Oleh Syarifah Hunaini Syed Ismail
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) – Sokongan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva terhadap usaha Malaysia untuk menyertai perkumpulan BRICS sebagai anggota penuh menandakan satu pencapaian penting diplomatik dan titik perubahan dalam penglibatan ekonomi global negara.