27hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Presiden Republic Kyrgyz Sadyr Zhaparov hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil syarikat Malaysia daripada pelbagai sektor untuk meneroka peluang kerjasama perniagaan dan pelaburan antara kedua-dua negara.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Jumlah perdagangan perkhidmatan Malaysia meningkat sebanyak 14.6 peratus kepada RM497.4 bilion tahun lepas berbanding RM434.0 bilion yang dicatatkan pada 2023, menyumbang 25.8 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada harga semasa.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Peralihan Malaysia ke Pusat Data 2.0 adalah langkah penting dalam membina asas yang kukuh untuk pertumbuhan sektor digital negara, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Lebih 250 ahli Majlis Perniagaan Malaysia-Pakistan (MPBC) bersama agensi-agensi kerajaan Malaysia berhimpun bagi merancakkan usaha memperkukuh perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.
28hari ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
TASHKENT, 24 Jun (Bernama) -- Malaysia berpotensi untuk mengembangkan lagi pasarannya di Asia Tengah melalui pengukuhan kerjasama dua hala dengan Uzbekistan, yang boleh menjadi platform terbaik sebagai pintu masuk negara ke rantau itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia (MEEPA) Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) yang dimeterai semalam akan memberi kelebihan daya saing dan peluang yang stabil kepada pengeluar Malaysia menembusi pasaran Eropah yang bernilai tinggi, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
28hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Syarikat bukan sahaja perlu merancang pertumbuhan tetapi juga memastikan ia mempunyai daya tahan, susulan persekitaran perniagaan semasa yang semakin kompleks, kata Tunku Laksamana Negeri Sembilan Tunku Datuk Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu mempercepat pembangunan jaguh tempatan dalam industri semikonduktor dan mengukuhkan rantaian nilainya untuk kekal berdaya saing di peringkat global, kata Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) Datuk Seri Wong Siew Hai.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Penggunaan sistem Getah Asli Mampan Malaysia (MSNR) Trace memainkan peranan penting dalam menangani isu alam sekitar dan sosial dalam industri dengan membenarkan pihak berkepentingan menjejaki transaksi getah mentah dari ladang hingga produk akhir.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Pengeluar minyak sawit Malaysia perlu mempergiat usaha untuk melindung nilai dan mempelbagaikan aktiviti hiliran bagi mengurangkan risiko turun naik harga secara mendadak, kata ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Penstrukturan semula tarif elektrik bagi Tempoh Regulatori Keempat (RP4) Malaysia boleh menjadi mekanisme berpangaruh untuk mendorong perubahan tingkah laku dan mempercepat agenda rendah karbon negara, kata seorang pakar tenaga.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Malaysia dan negara anggota Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) memeterai perjanjian perkongsian ekonomi yang membuka lembaran baharu bagi hubungan perdagangan dan pelaburan dengan Switzerland, Norway, Iceland dan Liechtenstein.