2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan minggu ini dengan dibuka tinggi didorong oleh sokongan belian terhadap saham wajaran tinggi terpilih dan pengukuhan ringgit berterusan dijangka menarik aliran masuk dana ke pasaran tempatan walaupun prestasi Wall Street bercampur-campur.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Jumaat, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street dalam persekitaran prestasi bercampur-campur dalam pasaran serantau.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan Jumaat selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus, mencecah paras 4.17.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dan pihak pengawal selia bekerjasama erat bagi memacu keberkesanan, kecergasan serta kemudahan akses pasaran bagi pelabur, termasuk pelabur asing bagi mengurangkan risiko penjualan dan penarikan dana dari pasaran saham.
2bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit dilihat bergerak ke paras 4.00 hingga 4.15 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025, selepas mengukuh enam peratus berbanding unit negara maju itu, sekali gus menjadikannya mata wang berprestasi terbaik dalam kalangan ASEAN selain mengesahkan lagi trajektori pengukuhannya.
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pagi ini seiring dengan peningkatan di Wall Street semalaman.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan AmInvest hari ini melancarkan dana dagangan bursa (ETF) FTSE4Good Bursa Malaysia yang pertama dan satu-satunya di negara ini yang memenuhi kriteria pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih rendah, menjejaki prestasi suram pasaran serantau serta negatif di Wall Street.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) telah memperoleh pembiayaan berjumlah RM1 bilion daripada HSBC Amanah Malaysia Bhd bagi menawarkan pembiayaan perumahan khusus untuk penjawat awam.
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali meningkat selepas dibuka rendah pada Selasa, menjejaki prestasi tidak menentu yang dialami pasaran serantau serta Wall Street dalam tempoh semalaman.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra harinya hari ini susulan aktiviti membeli saham murah yang muncul semula selepas dagangan hambar minggu lepas, sejajar dengan prestasi kukuh di pasaran serantau.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan prestasi Wall Street yang positif minggu lepas.