2bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Anak syarikat yang dimiliki sebanyak 54.97 peratus oleh Parkson Holdings Bhd (PHB), Parkson Retail Group Ltd (PRGL) menamatkan perjanjian sewa melibatkan hartanah di Bandar Guiyang, Wilayah Guizhou, China.
2bulan ago
GYEONGJU (Korea Selatan), 31 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menjadi penghubung di luar platform itu dengan penyertaan lebih meluas daripada Amerika Latin dan Afrika.
2bulan ago
Daripada Nor Baizura Basri
GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan rantau Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) telah disemak semula kepada 3.1 peratus tahun ini, tinggi sedikit daripada unjuran awal pada tiga peratus, disokong aktiviti rancak perdagangan dan permintaan kukuh barangan berteknologi tinggi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mencatat keuntungan bersih lebih rendah pada RM63.85 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 September 2025 (S3 2025), daripada RM85.74 juta dalam tempoh sama tahun lepa
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) – Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang sudah melabuhkan tirai, terbukti menyerlahkan Malaysia dalam pelbagai perspektif daripada sekadar menjadi pentas diplomatik.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Keuntungan bersih DXN Holdings Bhd untuk suku kedua berakhir 31 Ogos 2025 melonjak kepada RM70.26 juta berbanding RM65.97 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
2bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 29 Okt (Bernama) -- Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dan UEM Lestra Berhad (UEM Lestra) memeterai Perjanjian Kerjasama untuk melaksanakan projek hibrid solar fotovoltaik (PV) berkapasiti 1 gigawatt (GW) di Segamat, Johor.
2bulan ago
JOHOR BAHRU, 28 Okt (Bernama) -- Johor dan Singapura telah membuktikan bahawa kejayaan ekonomi bukan persaingan, sebaliknya perkongsian strategik yang memberi impak kepada seluruh wilayah, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, disokong oleh perjanjian perdagangan AS-Malaysia baru-baru ini yang telah meningkatkan minat terhadap mata wang tempatan, kata seorang penganalisis.
2bulan ago
Oleh Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 ketika ini, dilihat sebagai isyarat kukuh penglibatan semula negara maju itu dengan blok serantau berkenaan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Sunway Malls memperkukuh agenda kelestariannya dengan memperkenalkan pencerna makanan pertama di Malaysia serta pencapaian pensijilan antarabangsa SIRIM, sekali gus menegaskan komitmennya terhadap nilai pengurusan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terbaharu ke atas dua syarikat minyak terbesar Rusia - Rosneft dan Lukoil, terbukti melonjakkan harga minyak mentah Brent sebanyak enam peratus dalam masa sehari ketika peniaga dan pihak penapis minyak bergelut mendapatkan bekalan alternatif, kata Rystad Energy.