28hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yakin kepimpinan baharu Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus memperkukuh agenda eksport negara seiring dengan keutamaan pembangunan ekonomi Malaysia.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Rombakan Kabinet memberikan peluang penting untuk memperkasakan Ekonomi MADANI dan memperkukuh pelaksanaan dasar khususnya dalam bidang yang memberi kesan langsung kepada perniagaan, pelabur dan pekerja, menurut Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta).
29hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) hari ini menganjurkan Forum Awal Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) 2026, sebagai sebahagian daripada persediaan menjelang ISES 2026 edisi ketujuh.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyifatkan pelantikan untuk menerajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sebagai satu amanah yang besar.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- China Market memilih Malaysia sebagai habnya di ASEAN, sekali gus membuka peluang kepada produk perindustrian China menembusi pasaran Asia Tenggara.
29hari ago
SEREMBAN, 16 Dis (Bernama) -- Negeri Sembilan telah mengumumkan pembangunan Bandar Pembuatan AI Fotonik Termaju Nilai, inisiatif pengkomputeran fotonik dan semikonduktor berskala besar pertama seumpamanya di dunia.
29hari ago
KUCHING, 16 Dis (Bernama) -- Rundingan komersial yang sedang berlangsung di antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) berjalan lancar dan menuju ke arah penyelesaian yang saling menguntungkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
29hari ago
GEORGE TOWN, 16 Dis (Bernama) -- Spring Airlines akan memulakan penerbangan harian antara Shanghai dan Pulau Pinang bermula 30 Jan 2026 sekali gus mengukuhkan lagi kesalinghubungan udara di antara China dan Malaysia.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan merupakan antara tokoh korporat, usahawan dan entiti korporat yang menerima pengiktirafan pada penganjuran sulung MADANI Business Awards 2025, apabila beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah “MADANI Best CEO of the Year” baru-baru ini.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- YTL Communications Sdn Bhd, melalui jenama perkhidmatannya Yes, melancarkan produk prabayar 5G Advanced pertamanya dengan pengenalan pek permulaan yes 5G Advanced.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- SCS Test Solution Sdn Bhd terus meningkatkan standard ekosistem pemeriksaan kenderaan di Malaysia dengan mengadaptasi teknologi canggih VLT (VL Test) dari Belanda, membawa teknologi kejituan Eropah ke dalam perkhidmatan pra-ujian dan pembaikan tempatan.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd memperkenalkan format pendedahan kemampanan yang dipertingkatkan melalui platform Perisikan Kelestarian Berpusat (CSI), sebagai antara usaha untuk memperkukuh penjajaran dengan piawaian pendedahan antarabangsa.