Terdapat 118 berita berdasarkan kata kunci carian " perladangan"

Industri Kenaf Perlu Lebih Galakan Kerajaan Untuk Terus Membangun - Chan

CYBERJAYA, 19 Sept (Bernama) -- Industri kenaf memerlukan lebih banyak bantuan daripada kerajaan agar terus membangun dan menggalakkan lebih banyak pekebun kecil menceburi penanamannya untuk menjana nilai berganda kepada ekonomi negara, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.

Bursa Malaysia Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia dibuka tinggi walaupun prestasi semalaman Wall Street lemah selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah sebanyak setengah mata.

FBM KLCI Ditutup Rendah Susulan Ketidaktentuan Pasaran Menjelang Penurunan Kadar Faedah AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan sentimen lemah apabila para peniaga kekal tidak memasuki pasaran menjelang jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini kerana kebanyakan peniaga memilih untuk kekal di luar pasaran menjelang jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejak Prestasi Wall Street

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Rabu, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street kerana kebanyakan peniaga kekal memilih untuk berada di luar pasaran kerana jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan ditutup tinggi, menjelang keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) mengenai kadar faedah esok, dengan jangkaan penurunan kadar faedah yang ketara meningkatkan sentimen.

FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur menjelang keputusan mengenai kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) esok.

MPOB Tumpu Pada R&D Hasil Baka Sawit Unggul Untuk Tingkat Pengeluaran

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan baka sawit unggul bagi meningkatkan produktiviti dan pengeluaran sawit negara tanpa perlu menambah luas kawasan tanaman.

Bursa Malaysia Dijangka Stabil Minggu Depan Susulan Pengukuhan Ekuiti Global

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka stabil dalam jajaran 1,630-1,670 minggu depan, menawarkan peluang pengumpulan saham dan potensi peningkatan seterusnya susulan sentimen yang bertambah baik. 

Bursa Malaysa Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia menutup  dagangannya minggu ini lebih tinggi berikutan jangkaan pelabur terhadap pengumuman Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengenai kadar faedah pada minggu depan.