1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Malaysia kini mendahului dari segi pasaran tawaran awam awal (IPO) di rantau ini, dengan pertambahan penyertaan pelabur institusi dan pelabur runcit, mencerminkan minat yang semakin meningkat terhadap pasaran modal.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd optimis mengenai prospek pada 2025, berdasarkan senarai tawaran awam permulaan (IPO) dalam perancangan yang kukuh dan pasaran modal yang aktif, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Wahid Omar.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat), melalui Imtiaz Sukuk II Bhd telah menerbitkan Sukuk SRI (Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab) ASEAN sulungnya berjumlah RM500 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Malaysia mencatat prestasi terbaik dalam pasaran ekuiti Asia Tenggara, berbanding rakan serantau bagi tempoh 10 bulan setengah tahun ini, menurut firma perkhidmatan profesional global, Deloitte.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Scientex Bhd (Scientex), Scientex Quatari Sdn Bhd bercadang mewujudkan Program Sukuk Wakalah apabila ia akan menerbitkan nota jangka sederhana Islam berbilang mata wang sehingga RM1.5 bilion dalam nilai nominal.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Syarikat milik penuh AMMB Holdings Bhd (AMMB Holdings), AmBank (M) Bhd dan AmBank Islamic Bhd (AmBank Islamic) selesai memfailkan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada Selasa untuk menubuhkan program terbitan kertas komersial dan kertas komersial Islam (ICP) masing-masing bernilai RM4 bilion serta RM3 bilion, mengikut nilai nominal.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Syarikat awam tersenarai (PLC) Malaysia memaparkan kemajuan dalam penggunaan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG), demikian menurut laporan Pemantauan Tadbir Urus Korporat (CG Monitor) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Inisiatif seperti Strategi-5i dan rangka kerja Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) mewujudkan asas yang kukuh bagi kewangan mampan, kata Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengemas kini Senarai Peringatan Pelabur dengan menambah 19 entiti klon yang berpotensi dan lapan entiti yang tidak sah setakat 18 Okt, 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Akta Kredit Pengguna (CCA) yang akan dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang akan menangani pertindanan tanggungjawab antara pihak berkuasa pengawalseliaan serta mengurangkan jurang dalam pengawasan penyedia kredit pengguna.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem 100 peratus ke atas surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan pelabur melalui platform Initial Exchange Offering (IEO) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi tempoh dua tahun.