Terdapat 548 berita berdasarkan kata kunci carian " tadbir urus"

Kerajaan Tidak Akan Campur Tangan Dalam Keputusan Komersial - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi bahawa kerajaan tidak akan campur tangan dalam keputusan komersial untuk mendukung integriti pasaran.

Abdul Rashid Hussain Dilantik Semula Sebagai Pengerusi TH Selama Dua Tahun

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kerajaan melantik semula Tan Sri Abdul Rashid Hussain sebagai Pengerusi dan Anggota Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 20 Dis, 2025.

Tadbir Urus Kukuh, Disiplin Fiskal Kunci Kekalkan Transformasi Ekonomi Malaysia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) - Tadbir urus yang kukuh, disiplin fiskal dan pendidikan adalah perkara yang perlu diberi penekanan dalam transformasi ekonomi Malaysia bagi mengukuhkan pertumbuhan dan mengurangkan ketidaksamaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MIDA Raih Potensi Pelaburan Hijau Bernilai RM7.3 Bilion Di IGEM 2025

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meraih potensi pelaburan hijau bernilai RM7.3 bilion semasa Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2025.

Syarikat Pertengahan Diseru Labur Dalam Modal Insan Untuk Tingkat Daya Saing Global

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Syarikat-syarikat pertengahan (MTC) diseru untuk melabur dalam modal insan selain tumpuan kepada mesin atau teknologi bagi mengukuhkan daya saing global mereka, kata Presiden Kehormat Konsortium Syarikat-Syarikat Pertengahan Malaysia (MCMTC) Callum Chen. 

Pemula Niaga Taiwan Bentuk Perkongsian Pintar Dengan Selangor Dalam Cabaran Pemula Niaga 2025

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Taiwan dan Malaysia memperkukuh kerjasama dalam bidang teknologi dan inovasi melalui Cabaran Pemula Niaga 2025, menyaksikan empat syarikat pemula niaga Taiwan yang cemerlang mara ke peringkat akhir Kategori Bandar anjuran Pentadbiran Pemula Niaga dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Taiwan (SMESA).

Malaysia Boleh Mula Bangunkan Tenaga Nuklear Guna Unit Terapung -- Rosatom

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) – Malaysia boleh memulakan pembangunan tenaga nuklearnya dengan menggunakan unit tenaga terapung (FPU) sebagai langkah awal ke arah mewujudkan kapasiti nuklear menjelang 2031, kata Pengarah Projek Rosatom Energy Alexander Tsibulya.

Malaysia Dapat Melihat Kemajuan Pembinaan Loji Jana Kuasa Nuklear Pertama - MyPower

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia dapat melihat kemajuan ke arah pembinaan loji tenaga nuklear pertama dalam tempoh tujuh tahun akan datang apabila kerja asas sedang dijalankan bagi menilai kesiapsiagaan negara terhadap tenaga nuklear.

Labuan IBFC, ASAS Meterai Kerjasama Strategik Majukan Kewangan Islam

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd dan Persatuan Penasihat Syariah dalam Kewangan Islam Malaysia (ASAS) memeterai perkongsian strategik bagi memperkukuh kerjasama dalam memajukan landskap kewangan Islam.

ASEAN Perlu Sasar Jadi Destinasi Pelaburan Tenaga Bersih, Manfaatkan Kerjasama -- TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- ASEAN perlu menyasarkan untuk muncul sebagai destinasi pelaburan tenaga bersih dengan memanfaatkan kerjasama awam-swasta, pembiayaan hijau dan dana iklim, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

SCIP Dapat Penarafan Emas MARC Dengan Rangka Kerja Kewangan Mampan RM2 Bilion

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Sunway City Iskandar Puteri (SCIP) muncul sebagai perbandaran hijau pertama di Malaysia yang menerima penarafan Emas daripada Malaysian Rating Corporation Sdn Bhd (MARC), seiring dengan penubuhan Rangka Kerja Kewangan Mampan yang komprehensif bernilai RM2 bilion.

ASEAN Mahu Grid Tenaga Terintegrasi Sepenuhnya Menjelang 2045 -- Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 15 Okt  (Bernama) -- ASEAN bercita-cita tinggi untuk membina grid tenaga serantau yang terintegrasi sepenuhnya menjelang 2045 dan ia merupakan misi yang boleh dicapai, kata pakar utama tenaga Bank Dunia, Yussuf Uwamahoro.