7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Samaiden Group Bhd (Samaiden), Samaiden Legasi Timur Sdn Bhd (SLTSB), menandatangani perjanjian pajakan jangka panjang dengan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bagi pembangunan loji janakuasa fotovolta solar berskala besar (LSS) di bawah program LSS5 Malaysia.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC), dan China mengulangi semula komitmen untuk memperkukuh kerjasama merentasi pelbagai bidang di samping mengorak langkah ke arah masa depan yang aman, makmur dan saksama.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut dengan jumlah dagangan mencecah RM161.98 bilion (US$36.47 bilion) dari Januari hingga April 2025, dipacu oleh eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E).
7bulan ago
KUCHING, 28 Mei (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah melabur sebanyak RM25 bilion di Sarawak tahun lepas, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Dalam satu usaha penting untuk kerjasama tenaga serantau, kalangan syarikat tenaga terkemuka dari Malaysia, Singapura dan Vietnam menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama bertujuan meneroka eksport elektrik boleh baharu dari Vietnam ke Malaysia dan Singapura.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Malaysia menyeru negara anggota ASEAN untuk memanfaatkan perubahan asas dalam strategi pembiayaan bagi mencapai matlamat peralihan tenaga serantau, dengan pelaburan terkumpul dianggarkan melebihi US$3 trilion menjelang 2050.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengambil bahagian dalam penerokaan medan gas asli luar pesisir di Turkmenistan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Syarikat tenaga boleh baharu (TBB) reNIKOLA Holdings Sdn Bhd telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan firma Jepun, Sumitomo Corporation bagi bekerjasama membangunkan projek-projek biotenaga berskala besar di Malaysia dan Indonesia.
8bulan ago
SIBU, 13 Mei (Bernama) -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memuji sumbangan berterusan Rimbunan Hijau Group (RH Group) kepada ekonomi negeri dan negara serta penjajaran kukuhnya dengan wawasan Sarawak untuk pertumbuhan mampan dan inklusif.
8bulan ago
KUCHING, 13 Mei (Bernama) -- Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2025, yang bermula hari ini membuka satu lembaran baharu dalam mempamerkan kecemerlangan industri dan menghimpunkan pemain-pemain utama untuk meneroka idea dan teknologi baharu.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Proton Holdings Bhd (Proton) kembali ke Singapura dengan kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Proton e.MAS 7, yang akan dipertontonkan secara eksklusif kepada orang ramai di The Car Expo 2025 pada hujung minggu ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- East Coast Energy (ECE) 2025, sidang kemuncak peralihan tenaga untuk wilayah pantai timur Malaysia yang julung kali diadakan, akan meletakkan Terengganu sebagai hab sedia masa depan untuk peralihan tenaga.