BERITA TERKINI   Harga diesel di Semenanjung Malaysia turun 30 sen seliter kepada RM4.87 bagi tempoh 14 hingga 20 Mei - Kementerian Kewangan | Harga RON97 turun 20 sen seliter kepada RM4.70 seliter bagi tempoh 14 hingga 20 Mei 2026 - Kementerian Kewangan | Harga RON95 turun 15 sen seliter kepada RM3.87 seliter bagi tempoh 14 hingga 20 Mei 2026 - Kementerian Kewangan | Sunway REIT catat untung bersih RM109.03 juta pada suku pertama | Isu hina sahabat Nabi: Waspada keluarkan kenyataan fatwa, pastikan kesahihan - Zulkifli | 

Terdapat 1259 berita berdasarkan kata kunci carian "adb"

BNM Kenakan Penalti Ke Atas 13 Pemegang Lesen Perniagaan Perkhidmatan Wang

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) antara RM1,500 hingga RM2,000 terhadap 13 pemegang lesen perniagaan perkhidmatan wang (MSB) berikutan kegagalan untuk memenuhi keperluan dana modal minimum antara Julai 2025 hingga Disember 2025. 

MBSB Bank Biaya Infrastruktur Tenusu Tahap 1 Menerusi Kemudahan Bernilai RM95.8 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- MBSB Bank Bhd menyediakan kemudahan pembiayaan berstruktur sebanyak RM95.8 juta kepada Jemaluang Dairy Valley Sdn Bhd untuk pembangunan infrastruktur tenusu tahap-1.

Untung Bersih Wasco Bhd Bagi Tahun Kewangan 2025 Melonjak Kepada RM160.5 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Wasco Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 melonjak kepada RM160.54 juta berbanding RM153.04 juta pada tahun sebelumnya.

MITI Belanja RM335 Juta Untuk R&D&C&I, Baki RM55.64 Juta Untuk Komitmen Projek

 KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah membelanjakan RM335 juta atau 89.6 peratus daripada keseluruhan peruntukan RM374 juta, bagi program penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I) setakat 30 Jun 2025.

MOF Akan Bubar Syarikat MKD Berstatus Dorman Selepas Penuhi Obligasi Kewangan

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) akan membubarkan syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) yang berstatus dorman selepas syarikat terbabit menyelesaikan isu berkaitan obligasi kewangan, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong. 

Labuan FSA Perkukuh Rangka Kerja Modal Perbankan

LABUAN, 24 Feb (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) mengukuhkan komitmennya kepada piawaian perbankan antarabangsa dengan menyelaraskan rangka kerja modalnya dengan rejim kawal selia Basel III, sekali gus meningkatkan lagi daya tahan serta kredibiliti Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).

Inisiatif Pendigitalan Bantu Langkah Pengukuhan Hasil -- MOF

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Inisiatif pendigitalan telah membantu kerajaan melaksanakan pelbagai langkah pengukuhan hasil termasuk semakan semula kadar cukai, perluasan asas hasil, penambahbaikan pentadbiran cukai dan pengurangan dalam ketirisan kutipan hasil, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Ringgit Terus Mengukuh Susulan Keputusan Mahkamah AS Terhadap Tarif Trump

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Momentum pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berterusan sehingga akhir urus niaga Isnin, bertahan pada paras 3.88 susulan tindakan Mahkamah Agung AS membatalkan sebahagian besar dasar tarif Presiden Donald Trump pada Jumaat lepas.

Momentum Perdagangan Malaysia Dijangka Kekal Pada 2026 - Apex Securities

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Apex Securities Bhd mengekalkan pendirian optomistiknya yang berhati-hati mengenai tinjauan perdagangan Malaysia, dan percaya bahawa momentum perdagangan akan berterusan selepas cetakan eksport yang kukuh pada Januari. 

PKS Digesa Perkukuh Institusi Ketika Kestabilan Ekonomi, Ringgit Kukuh

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) digesa memanfaatkan kestabilan ekonomi pada masa ini, didorong pengukuhan ringgit untuk memperkukuh institusi dan menjamin pertumbuhan mampan dalam tempoh lima tahun akan datang, berbanding mengejar perkembangan pesat.

Trump Akan Tingkatkan Tarif Global Kepada 15 Peratus Susulan Keputusan Mahkamah Agung AS

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan menaikkan tarif global kepada 15 peratus daripada 10 peratus susulan keputusan Mahkamah Agung AS yang membatalkan kebanyakan langkah perdagangan yang diperkenalkannya sebelum ini.

Keputusan Tarif AS Pacu Sentimen Pasaran, Positif Bagi Pasaran Malaysia -- Ahli Ekonomi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid dan Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Tindakan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) mengehadkan kuasa unilateral presiden dalam urusan tarif sepertimana diputuskan pada Jumaat, dijangka memacu pemulihan ekonomi global serta sentimen pasaran, termasuk Malaysia.