1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) – Tawaran awam permulaan (IPO) Bursa Malaysia Bhd kembali mencatatkan lonjakan, mencerminkan keyakinan semula pelabur terhadap bursa tempatan itu ketika 2024 semakin melabuhkan tirainya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan berhati-hati minggu depan disebabkan pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 November ini, kata peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2024, melonjak 41.9 peratus kepada RM85.74 juta daripada RM60.41 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 31 Okt 2024 sempena cuti umum perayaan Deepavali.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd telah melantik Tan Sri Amirsham Abdul Aziz sebagai pengerusi baharunya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Pengukuhan nilai ringgit akan memberi kelebihan kepada kaunter-kaunter pengguna memandangkan kos import bahan mentah menjadi lebih rendah dan margin yang lebih baik, menurut Bursa Malaysia Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Persidangan Invest Malaysia 2024 dijangka menarik Lebih 500 delegasi termasuk pelabur berpendapatan tetap, pelabur ekuiti dan ekuiti swasta asing dengan dengan gabungan aset di bawah pengurusan (AUM) melebihi RM56.7 trilion.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan pada kecenderungan menurun minggu depan, selepas menyaksikan permintaan yang agak lemah baru-baru ini, kata seorang peniaga.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Momentum pengukuhan nilai ringgit dijangka berterusan pada minggu depan, diniagakan pada 4.28-4.29 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (Fed) pada 17-18 September ini.