BERITA TERKINI   Subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam tempoh kurang seminggu susulan kenaikan harga minyak dunia - PM Anwar | 

Terdapat 223 berita berdasarkan kata kunci carian "ceo"

Asia Digital Engineering Terima Pensijilan Penyelenggaraan Dan Pembaikan Dari FAA, EASA

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Asia Digital Engineering Sdn Bhd (ADE), unit penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) Capital A Bhd dianugerahkan pensijilan daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat dan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA).

Bank Pembangunan Lantik Muzaffar Hisham Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Berkuat Kuasa Hari Ini

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) – Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) melantik Datuk Muzaffar Hisham sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan baharunya berkuat kuasa serta-merta.

UOB Malaysia Bekerjasama Dengan Bursa Malaysia Sokong Usaha Kemampanan PKS

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) bekerjasama dengan Bursa Malaysia Bhd bagi menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS)  untuk melaksanakan amalan lestari dan memajukan perjalanan mereka ke arah pengurangan karbon.

Pei-Si Lai Dilantik Sebagai CEO Kumpulan GXS Bank

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- GXBank, bank digital anak syarikat milik GXS Bank di Malaysia, mengumumkan pelantikan Pei-Si Lai sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan GXS Bank berkuatkuasa 1 Jun, 2025.

Saint-Gobain Akan Labur RM200 Juta Untuk Bina Kemudahan Pembuatan Di Perak

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Anak syarikat Malaysia Saint-Gobain Group, Saint-Gobain Prima Sdn Bhd akan melabur lebih RM200 juta antara 2025 dan 2029 untuk membina kemudahan pembuatan di Taman Perindustrian Kanthan di Chemor, Perak, mengukuhkan komitmennya terhadap pembinaan ringan dan mampan.

Fong Chee Khuen Dipecat Daripada Jawatan CEO HHRG 

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- HHRG Bhd memecat Fong Chee Khuen daripada jawatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa serta-merta berikutan dakwaan salah laku dan penyalahgunaan kuasa.

Perodua Akan Keluarkan EV Pada Oktober, Lancar Pada Akhir Tahun - CEO

SERDANG, 8 Mei (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyasarkan untuk memuktamadkan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya pada Oktober, dengan pelan untuk memasarkannya pada akhir tahun ini.

Malakoff Terbit Sukuk Murabahah SRI Kemampanan ASEAN Sebanyak RM250 Juta

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Malakoff Corporation Bhd (Malakoff), Malakoff Power Bhd (MPower) telah berjaya menerbitkan Sukuk Murabahah Pelaburan dan Bertanggungjawab (SRI) Kemampanan ASEAN pertamanya sebanyak RM250 juta di bawah Program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang bernilai RM1.2 bilion.

Maybank Lantik Shafiq Abdul Jabbar Sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) melantik Shafiq Abdul Jabbar sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kumpulan berkuat kuasa 7 Julai, 2025.

Kilang Butterworth Bantu Atasi Kekangan Kapasiti Kilang Shah Alam, Bentong - CEO F&N

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) bersedia memulakan operasi di kilangnya di Butterworth setelah dinaik taraf bagi mengurangkan kekangan kapasiti pengeluaran yang sedang dihadapi di kemudahan Shah Alam dan Bentong.

Nor Shahrizan Sulaiman Dilantik Sebagai Pegawai Bertanggungjawab Maybank Islamic

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Maybank Islamic Bhd (MIB) melantik Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Nor Shahrizan Sulaiman sebagai Pegawai yang Bertanggungjawab.