3bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Ringgit menamatkan aliran meningkat selama empat hari untuk ditutup sedikit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, apabila kalangan pelabur mengambil untung ekoran ketidaktentuan pasaran susulan penutupan kerajaan negara maju itu.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam saham mewah terpilih dan saham permodalan kecil, kata penganalisis.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Indeks Keyakinan Perniagaan RAM (RAM BCI) bertambah baik kepada 48.4 pada suku ketiga 2025 daripada 40.0 pada suku kedua yang mencerminkan peningkatan ketara dalam sentimen perniagaan untuk tiga bulan akan datang.
3bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM) telah meminta kerajaan untuk menubuhkan Majlis Digital Negara dalam Belanjawan 2026 untuk menyepadukan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan mengekalkan daya tarikan Malaysia kepada pelabur.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat untuk dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan di Wall Street, apabila sebahagian besar pelabur tidak mengendahkan penutupan perkhidmatan kerajaan Amerika Syarikat (AS) dengan harapan keadaan itu hanya bersifat sementara, kata penganalisis.
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, terus mencatatkan kenaikan untuk sesi ketiga berturut-turut berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu rendah selepas kerajaan Persekutuan AS menghentikan operasinya mulai hari ini.
3bulan ago
PETALING JAYA, 1 Okt (Bernama) --Platform perbandingan kewangan RinggitPlus melaporkan terdapat kemajuan menggalakkan berkaitan pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat berpendapatan rendah apabila semakin ramai yang mengambil langkah untuk mencapai jaminan kewangan jangka panjang.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- i-CATS University College (i-CATS) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Middle East Technical University (METU), Turkiye bertujuan meningkatkan kerjasama global dalam bidang aeroangkasa dan pendidikan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia pada masa ini berjumlah RM4.2 trilion, dengan instrumen Islam membentuk kira-kira 62 peratus, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US, disokong oleh kebimbangan bahawa penutupan operasi kerajaaan Amerika Syarikat (AS) mungkin akan berlaku dan mempengaruhi mata wang AS, kata seorang penganalisis.
3bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil iaitu antara RM4.21 hingga RM4.23 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, disokong oleh permintaan terhadap mata wang tempatan serta pembentangan data ekonomi utama AS.
3bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka melepasi paras US$3,800 minggu depan, disokong oleh permintaan berterusan terhadap aset selamat dan jangkaan terhadap pengumuman data buruh Amerika Syarikat (AS).