BERITA TERKINI   Whitman Holdings mula disenaraikan pada 12.5 sen di Pasaran LEAP Bursa Malaysia, premium 2.5 sen berbanding harga IPO 10 sen, dengan 10,000 saham diniagakan | Tiga lagi sekolah di Kulai ditutup susulan kebakaran kilang getah di kawasan perindustrian Sengkang sejak kelmarin - Teo Nie Ching | Lima sekeluarga ditemukan rentung dalam sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Raub pagi ini - Polis | 

Terdapat 126 berita berdasarkan kata kunci carian "johari abdul ghani"

Sawit : CPOPC Gesa Pelan Strategik Dirangka Bagi Tangani Cabaran Peraturan - Johari

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) perlu bertindak aktif merangka pelan strategik bagi menangani cabaran peraturan berterusan yang dihadapi oleh negara-negara berkenaan.

KPK Pertimbang Insentif Cukai Untuk Jadikan Malaysia Hab Pengeluaran SAF

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang mempertimbangkan beberapa insentif cukai untuk menarik pelabur ke Malaysia untuk menjadikan negara sebagai hab pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF).

KPK Yakin Sasaran RM28 Bilion Eksport Industri Kayu Dapat Dicapai Menjelang 2025

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.

Kilang Kelapa Sawit Disaran Guna Teknologi AI - Johari

KUALA KANGSAR, 19 Nov (Bernama) -- Kilang-kilang kelapa sawit dalam negara disaran menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memproses buah sawit kerana dapat mengurangkan kos dan meningkatkan hasil.

KPK Bincang Dengan RISDA Laksana Program Inisiatif Konsolidasi Pekebun Kecil

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi, menerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM), sedang berbincang dengan beberapa agensi termasuk Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk perlaksanaan Program Inisiatif Konsolidasi Pekebun Kecil.

MPOB Sasar Lebih 90 Peratus Pekebun Kecil Bebas Terima Pengiktirafan MSPO Akhir 2025

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menyasarkan lebih 90 peratus pekebun kecil bebas akan mendapat pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) menjelang akhir tahun depan.

Kerajaan Negeri Dialu-alukan Bekerjasama Hasilkan Makanan Ternakan - Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana kerajaan negeri untuk mengurangkan kebergantungan import bahan makanan ternakan dalam industri yang dihasilkan khususnya daripada sisa-sisa bahan buangan seperti kelapa sawit.

Pekebun Koko Diminta Kekal Hasilkan Tanaman Kerana Potensi Tinggi - Johari

BAGAN DATUK, 24 Okt (Bernama) -- Pekebun koko diminta untuk terus kekal menghasilkan komoditi berkenaan dan tidak beralih kepada tanaman lain berikutan potensinya yang dilihat tinggi dan memberangsangkan, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Eksport Oleokimia Sawit Ke China Meningkat 1.4 Kali Ganda Dalam Tempoh Sedekad - Johari

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Eksport oleokimia berasaskan sawit Malaysia ke China meningkat 1.4 kali ganda dalam tempoh sedekad kepada 604,208 tan pada 2023 daripada 434,333 tan pada 2014, dengan nilai perdagangan mencecah RM2.82 bilion.

KPK-MOF Bincang Tingkatkan Bantuan Geran Tanam Semula Sawit - Johari

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan berbincang dengan Kementerian Kewangan (MOF) untuk meningkatkan bantuan geran penanaman semula sawit bagi merancakkan semula produktiviti dalam kalangan pekebun kecil.

Belanjawan 2025: MPOB Harap Kerajaan Bantu Penanam Pulih Semula Pokok Sawit Tidak Produktif

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berharap kerajaan akan membantu penanam mempercepatkan aktiviti penanaman semula bagi memulihkan pokok kelapa sawit yang tidak produktif dan tua dalam Belanjawan 2025, untuk meningkatkan produktiviti sektor tersebut.

Pembatalan Belian Oleh Kilang Penapis India Dianggap Tindakan Sementara - Johari

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Keputusan kilang penapis India membatalkan pembelian kira-kira 100,000 tan minyak sawit sebagai respons terhadap kenaikan cukai import yang diputuskan kerajaannya baru-baru ini dianggap satu tindakan sementara, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.