Terdapat 1621 berita berdasarkan kata kunci carian " april"

Bursa Malaysia Rendah Seiring Wall Street, Pasaran Serantau Diasak Pelan Tarif AS

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan susut sedikit, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah dan diasak aktiviti jualan ketara serta pasaran serantau yang turut lesu susulan pengumuman rancangan tarif timbal balik Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Reaksi Tarif AS Dorong Ringgit Dibuka Susut Sedikit Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Ringgit mencatat penyusutan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Jumaat, diasak tekanan susulan pengumuman Presiden AS Donald Trump mengenai pelaksanaan tarif timbal balik, semalam.

PKS Malaysia Digesa Pelbagaikan Sumber, Manfaatkan Negara ASEAN Tangani Cabaran Tarif

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia perlu mengambil langkah untuk mempelbagaikan sumber bahan mentah dan pelanggan mereka bagi memastikan risiko rantaian bekalan dapat dikurangkan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Khamis, menjejaki pasaran minyak kacang soya yang lemah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

FMM, ACCIM Gesa Kerajaan Jalin Kerjasama Berkaitan Tarif Dengan AS

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan menjalinkan kerjasama berkaitan tarif dengan Amerika Syarikat (AS) supaya ada pertimbangan semula tarif 24 peratus yang baru dikenakan ke atas eksport Malaysia.

Kebakaran Gas Putra Heights: Pengeluaran Roti Massimo Alami Gangguan Sementara

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- The Italian Baker Sdn Bhd, pengeluar roti Massimo mengumumkan gangguan sementara terhadap pengeluaran produk bakerinya disebabkan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa lepas yang telah menjejaskan bekalan gas asli cecair (LNG) ke kilangnya.

Pengumuman Tarif AS Tidak Jejas Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Dolar

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Ringgit yang berdepan tekanan susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) mengumumkan tarif timbal balas ke atas beberapa negara, termasuk Malaysia pada awal Khamis, sebaliknya ditutup secara relatifnya lebih stabil, kata penganalisis.

FBM KLCI Susut 0.5 Peratus Susulan Jualan Saham Wajaran Tinggi Terpilih

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila indeks petunjuk pasaran merosot 0.5 peratus susulan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui Press Metal, IHH Healthcare dan Tenaga Nasional.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Kontral niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. 

Serangan Tarif Trump: Masa Untuk Asean Ambil Langkah Strategik

Oleh CW Sim 

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Pada 3 April 2025, Presiden Donald Trump mengisytiharkan "Hari Pembebasan Amerika" dari White House Rose Garden dan menandatangani perintah eksekutif untuk melancarkan rejim tarif global yang lebih meluas.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Selepas AS Umum Naikkan Tarif

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih rendah, seiring prestasi pasaran niaga hadapan susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan kenaikan tarif selain penyusutan ketara harga minyak mentah, kata penganalisis.

IATA Lancar Daftar Bahan Api Penerbangan Mampan

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) telah melancarkan Daftar Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF).