Terdapat 1783 berita berdasarkan kata kunci carian " tim"

SC Dijangka Serah Syor Semakan Fi Kepada MoF Menjelang Akhir Mac

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka mengemukakan cadangan bagi menyemak semula levi fi daripada perantara, kepada Kementerian Kewangan (MoF) menjelang akhir Mac ini.

FBM KLCI Ditutup Rendah, Seiring Aliran Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan aliran pasaran serantau berikutan sentimen lemah pelabur, kata seorang penganalisis.

Wartawan Bernama Penerima Anugerah KRP Wolfson Press Fellowship 2025

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Penolong Editor Perkhidmatan Berita Ekonomi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Niam Seet Wei dinamakan sebagai penerima anugerah biasiswa Program Residensi Khazanah Nasional Bhd (KRP) Wolfson Press Fellowship 2025.

MSM Rancang Jadikan Kilang Tanjung Langsat Pusat Eksport Gula, Teroka Pasaran Baharu

Oleh Norsyafawati Ab Wahab

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- MSM Malaysia Holdings Bhd, pengeluar gula bertapis utama negara merancang menjadikan kilangnya di Tanjung Langsat, Johor sebagai pusat eksport dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Keazaman, Inovasi Dan Sokongan: Pemacu Utama Kejayaan Perniagaan Untuk Pemenang Cabaran BizSmart

Oleh Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Pemenang BizSmart Challenge Accelerator Edition anjuran Alliance Bank Malaysia Bhd telah membuktikan bahawa keazaman, inovasi dan sokongan yang tepat penting untuk mengatasi cabaran perniagaan dan mencapai kejayaan yang mampan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada Rabu dengan prestasi rendah secara keseluruhan terutamanya berikutan penjualan dalam sektor pembinaan dan perbankan, manakala saham penjagaan kesihatan merekodkan minat belian, kata penganalisis.

IPO : PEOPLElogy Meterai Perjanjian Taja Jamin Dengan Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- PEOPLElogy Bhd telah memeterai perjanjian taja jamin dengan Kenanga Investment Bank Bhd bagi tawaran awam permulaan (IPO) bersempena penyenaraian syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

New South Wales Berminat Bekerjasama Dengan Sarawak Dalam Tenaga Lestari

KUCHING, 19 Mac (Bernama) -- New South Wales (NSW), salah satu negeri maju di Australia dalam sektor tenaga telah menyatakan minat untuk mengukuhkan hubungannya dengan Sarawak dalam bidang tenaga boleh baharu (TBB) dan kelestarian alam sekitar.

Kanada Pergiat Usaha Tingkat Dagangan, Pelaburan Termasuk Dengan Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kanada sedang mempergiatkan usaha bagi meningkatkan aspek perdagangan dan pelaburannya, termasuk mengukuhkan hubungan dengan Malaysia selain menembusi pasaran baharu.

Epic Sasar Hasil Lebih Tinggi Pada Tahun Kewangan 2025, Raih Kontrak Baharu Petronas - CEO

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) menyasarkan hasil sebanyak RM470 juta bagi tahun kewangan 2025 selepas meraih hasil memberangsangkan iaitu RM403.8 juta bagi tahun kewangan 2024 yang juga merupakan hasil tertinggi dalam sejarah syarikat.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat FOMC

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila peniaga dan pelabur kekal berwaspada menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS selama dua hari bermula esok, kata penganalisis.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.