1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengatasi sebahagian besar penyusutan awalnya pada tengah hari, dipacu terutamanya oleh saham-saham Public Bank dan Axiata.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Aset rizab rasmi berjumlah US$117.59 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$5.7 juta pada akhir Oktober 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Maybank memperkenalkan kempen, 'Mencari MAEllionaire' yang memberi peluang kepada pelanggannya untuk memenangi hadiah lumayan RM1 juta tunai.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan kenaikan kukuh yang berterusan bagi hari keempat untuk ditutup tinggi pada Khamis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Sebanyak 20 syarikat telah diluluskan geran bernilai hampir RM1.5 juta menerusi Program Business Accelerator untuk syarikat milikan India bersaiz kecil (I-BAP) oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp).
1tahun ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi untuk hari ketiga berturut-turut, kata seorang peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Rabu apabila saham utiliti membantu menyeimbangkan tekanan jualan dalam saham sektor perladangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan prospek perniagaan bagi tempoh suku keempat 2024 kekal positif dengan Indeks Keyakinan Perniagaan (BCI) mencecah hampir 105 mata.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia, yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, terus turun 2.4 peratus pada Oktober 2024, berbanding 2.1 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Keuntungan operasi IOI Corp Bhd kekal stabil sewaktu ketidaktentuan dalam subsegmen hiliran, dipacu oleh kos pengeluaran yang rendah dalam kalangan syarikat pesaingnya iaitu sekitar RM2,300 hingga RM2,600 setiap tan, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Amanah).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor dan Johor bagi memastikan setiap daerah mempunyai kemudahan pengecas pantas arus terus (DC) untuk kenderaan elekrik (EV).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan penanaman semula sawit seluas 77,000 hektar dalam tempoh lima tahun akan datang (2025-2029) menerusi pelaksanaan program penanaman semula terutama dalam kalangan pekebun kecil bagi memastikan sektor sawit sentiasa mampan dan berdaya saing.