9bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Para menteri kewangan ASEAN hari ini mula sibuk dengan usaha untuk mewujudkan prasyarat dan inisiatif yang diperlukan bagi memperkukuh integrasi kewangan lebih-lebih lagi susulan tarif yang menjejaskan semua negara anggota.
9bulan ago
Oleh Siti Baaqiah Mamat
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Langkah menubuhkan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dan Portal Fraud Kebangsaan membuahkan tanda-tanda awal kejayaan dalam memerangi peningkatan kes penipuan yang dilaporkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY) menyasarkan seramai 10,000 pengguna didaftarkan bagi platform dagangan saham pecahan yang baharu dilancarkan di Bursa Malaysia iaitu UP.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah menyelesaikan kerja-kerja pengorekan 38 terowong di sepanjang jajaran rel setakat ini, berikutan dua kejayaan di Selangor awal minggu ini.
9bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan mengetuai delegasi Malaysia ke Washington hujung bulan ini untuk membincangkan tarif timbal balik yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) dan PHB Asset Management Bhd (PHBAM) mengumumkan agihan pendapatan interim 2.50 sen seunit untuk unit amanah patuh syariahnya, Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac, 2025.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Tune Protect Malaysia menerusi kerjasama platform tiket utama Malaysia, Ticket2U Sdn Bhd memperkenalkan Ticket Refund Insurance bagi mewujudkan piawaian baharu dalam perlindungan acara dengan menyediakan keselamatan kewangan lebih baik kepada pembeli tiket.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia, Proton e.MAS 7 mengekalkan kedudukan teratas dalam segmen itu selama tiga bulan berturut-turut sejak Januari 2025, sekali gus menjadikannya model EV terlaris di negara ini.
9bulan ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 8 April (Bernama) -- Labuan Food Industries Sdn Bhd, iaitu syarikat perikanan Malaysia dengan rangkaian perniagaan antarabangsa yang menyeluruh merancang untuk meningkatkan hampir tiga kali ganda pengeluaran tahunan ikan tuna siap diproses pada tahun depan susulan pembinaan kemudahan baharu di sini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- UOB Malaysia telah dinobatkan sebagai Bank Terbaik Malaysia di Anugerah Bank Terbaik Dunia 2025 - Asia Pasifik tahunan yang ke-32 oleh majalah Global Finance.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucaptama dan melancarkan Panduan Pendedahan ESG Dipermudah ASEAN (SEDG ASEAN) bagi PKS dalam Rantaian Bekalan Versi 1, hari ini.
9bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Ketika para pegawai kanan menamatkan hari pertama Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12, di sini, hari ini, rumusan utama yang dicapai adalah walaupun tarif timbal balik AS memberikan cabaran besar, namun dalam masa yang sama ia juga menawarkan peluang kepada negara anggota.