1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia merosot pada rehat tengah hari berikutan penurunan mendadak harga minyak mentah kemungkinan telah menjejaskan kaunter tenaga, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) – Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (MCS 2024) pada Disember ini, dijangka menarik penyertaan 500 syarikat China yang mahu menjalin kerjasama perdagangan dan pelaburan baharu dengan rakan di negara ini.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan aktiviti pengambilan untung selepas meningkat dengan ketara pada awal minggu, dan berhati-hati menjelang pengumuman data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) esok, kata penganalisis.
1tahun ago
SIK, 26 Sept (Bernama) -- FGV Holdings Bhd (FGV) akan melaksanakan pembaharuan dan inovasi dalam pengurusan ladang bagi berdepan dengan situasi perubahan iklim yang menjejaskan hasil kelapa sawit.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, didorong oleh kaunter berkaitan YTL, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis dalam persekitaran sentimen serantau bercampur-campur berikutan impak daripada dasar monetari China baru-baru ini yang berkurangan memindahkan tumpuan pelabur kepada langkah-langkah rangsangan fiskal yang berpotensi, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Ringgit susut berbanding dolar AS pada Khamis, berhenti seketika daripada kenaikan baru-baru ini berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas peningkatan nilainya yang ketara, kata ahli ekonomi.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Ringgit naik kepada 4.1275/1310 berbanding dolar AS pada Rabu, mencatatkan paras paling kukuh sejak Jun 2021.
1tahun ago
JAKARTA, 25 Sept (Bernama) -- Asian Development Bank (ADB) meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonomi Asia dan Pasifik kepada 5.0 peratus tahun ini, berbanding 4.9 peratus pada April lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum positif pagi ini, disokong oleh sentimen pasaran global yang memberangsangkan, kata penganalisis.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Pulau Pinang mencatat pelaburan pembuatan diluluskan bernilai RM411.8 juta dari China bagi tempoh separuh pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
1tahun ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan trend meningkat untuk ditutup tinggi hari kelima berturut-turut meskipun peningkatan lebih kecil, hampir separuh daripada yang diniagakan semalam pada kontrak Disember.