26hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Nestle (Malaysia) Bhd meningkat kepada RM513.03 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 berbanding RM415.62 juta yang dicatatkan semasa tahun sebelumnya selepas dipacu oleh kesan gabungan pertumbuhan hasil yang kukuh dan pengurusan kos yang berdisiplin di sepanjang rantaian nilai.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Lembaga Lembaga Lada Malaysia (MPB) menyasarkan kawasan penanaman baharu lada diperluas sehingga mencecah 300 hektar pada tahun ini yang melibatkan kira-kira 1,200 orang pekebun, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Huang Tiong Sii.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Impak keseluruhan pergerakan nilai ringgit terhadap daya saing perdagangan negara dijangka kekal terkawal, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan meningkat namun susut kemudiannya ketika pelabur lebih berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan membabitkan dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).
27hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan hampir 200,000 Notis Bayaran Ansuran Cukai (CP500) kepada pembayar cukai dengan anggaran jumlah cukai sekitar RM1.1 bilion, sehingga Januari 2026, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
27hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kelewatan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengemukakan penyata kewangan berpunca daripada isu teknikal yang tidak dijangka semasa fasa pembangunan sistem perakaunan dan kewangan MPOB yang baharu iaitu MPOB MyFAS.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- IOI Corporation Bhd (IOI Corp) mencatatkan untung bersih RM528.50 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026, meningkat ketara berbanding RM111.10 juta pada suku sama tahun sebelumnya.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Sebanyak 212,543 pembayar cukai telah mengemukakan lebih satu bilion transaksi e-Invois secara keseluruhan sejak 2024 sehingga 23 Feb 2026, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM2.14 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 daripada untung bersih sebanyak RM1.17 bilion yang dicatatkan tahun sebelumnya.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman di Wall Street.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Sebanyak 24 daripada 42 syarikat subsidiari bagi lima Agensi Persekutuan telah merekodkan kerugian tiga tahun berturut-turut dari 2022 hingga 2024, menurut Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 yang dikeluarkan hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Inisiatif pendigitalan telah membantu kerajaan melaksanakan pelbagai langkah pengukuhan hasil termasuk semakan semula kadar cukai, perluasan asas hasil, penambahbaikan pentadbiran cukai dan pengurangan dalam ketirisan kutipan hasil, kata Kementerian Kewangan (MOF).